Wednesday, July 11, 2012
Halal Haram Pelaburan Emas & Perak - Siri 1
Pada masa kini kita dapat lihat ramai orang berpusu dan bercerita tentang kehebatan pelaburan Emas & Perak tidak kira sama ada fizikal atau buku simpanan. Saya juga turut terkena tempiasnya dan berjaya memiliki 1/4 Oz emas fizikal bergred 999.9. Namun sebagai orang Islam, kita harus memikirkan pelaburan/simpanan ini sebagai seorang Islam juga. Jangan la cakap "Aiman tak kisah". Kita kene kisah kerana itulah yang membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam.
Bercerita mengenai emas fizikal, ada bermacam-macam jenis emas fizikal di luar sana yang boleh diperolehi dengan mudah dari pelbagai syarikat. Ianya terlalu banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan seperti Public Gold, Sri Ayu, GCP, dsbg. Tak lupa juga bank-bank tempatan seperti Maybank, KFH & UOB yang menawarkan pemilikan emas fizikal. Syarat pemilikan emas fizikal yang digariskan oleh Islam sangat mudah iaitu: pembelian secara tunai, emas diterima serta merta(tiada penangguhan, emas berada di dalam simpanan penjual).
Tapi bagaimana pula dengan emas dalam bentuk buku simpanan yang ditawarkan oleh bank-bank seperti Maybank, Public Bank dan juga KFH? Halalkah? Haramkah? Baru-baru ini juga Maybank telah menawarkan pelaburan perak dalam bentuk buku simpanan. Klik sini dan sini. Buat masa ini, hanya Maybank yang menawarkan pelaburan emas dan perak dalam bentuk buku simpanan. Saya akan ceritakan lebih lanjut pada post akan datang. Tunggu ya :)
Terima Kasih.
Monday, July 9, 2012
Zeva @ Equine South
Terletak di kejiranan Taman Equine yang matang dan eksklusif, Zeva @ Equine South bakal meraih permintaan tinggi di kalangan pelabur hartanah mahupun pemilik individu dengan reka bentuk yang menarik dan praktikal dengan harga yang berpatutan.
Merentasi 1.5ha (3.71 ekar), pembinaan projek ini menawarkan peluang pelaburan yang tidak ternilai terutamanya untuk pembeli rumah yang pertama. Terdiri daripada unit kediaman, butik, Gourmet Boulevard(restoran) dan Sky Club, Zeva @ Equine South menjangkakan pendapatan kasar sekitar RM250 juta.
Location
Lokasi yang strategik di Taman Equine di Seri Kembangan, projek ini dibangunkan oleh Trinity Group Sdn. Bhd mudah dicapai melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Besraya (BESRAYA), Lebuhraya MEX (MEX) dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur akan lebih mudah dengan rancangan pembinaan Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya (SKIP) dan persimpangan bertingkat Lebuhraya MEX di Seri Kembangan. Diperhebatkan dengan adanya institusi pendidikan seperti Alice Smith International School, Limkokwing University of Creative Technology, Universiti Putra Malaysia (UPM), Multimedia Malaysia University (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang dapat dicapai kurang daripada 20 minit. Selain itu pusat komersial seperti Aeon Jusco, Putra Walk, Giant dan Pasar Borong sangat hampir dengan lokasi tapak projek.
![]() |
Keluasan Binaan
Zeva @ Equine South menyediakan 766 unit kediaman. Pembeli diberikan pilihan unit dengan dua hingga tiga bilik tidur. Keluasan binaan adalah dari 82 sqm (881 sqft) hingga 143 sqm (1,536 sqf) manakala dari segi susun atur pelan, berbagai-bagai pilihan yang akan ditawarkan kepada pembeli.
12 unit kedai dibina dalam tiga hingga empat tingkat dimana setiap unit menghadap jalan utama dan memiliki lif individu setiap satu. Keluasan binaan pula merangkumi sais 530sqm (5,703sq ft) hingga 1,136sqm (12,230sq ft). Gourmet Boulevard pula terdiri daripada kedai makanan dan minuman, hiburan dan butik terkemuka. Tidak dilupakan, Sky Club terletak di atas bumbung unit kediaman dan merupakan satu-satunya konsep yang tidak ada di kawasan sekitarnya. Ianya terbuka kepada penduduk unit kediaman dan juga umum. Sky Club bakal menyediakan kemudahan moden termasuk internet berkelajuan tinggi (Unifi), perpustakaan termasuk kemudahan makanan dan minuman seperti "sky bar".
Kemudahan dan Keselesaan
Zeva @ Equine South bakal menyediakan sistem keselamatan yang optimum seperti kawalan pegawai keselamatan secara berkala, rakaman CCTV, kad akses di tempat letak kereta dan juga lif. Manakala kad akses pintar hanya membenarkan kenderaan berhenti di tempat yang disediakan sahaja, malah ianya dapat memisahkan tempat letak kenderaan pusat komersial dan kediaman penghuni. Apabila siap kelak, projek ini dapat memberikan kemudahan rekreasi yang komprehensif seperti kolam renang 50m berspesifikasi Olimpik, sauna, kafe dan bistro.
Untuk penghuni yang inginkan hiburan, turut disediakan ruang seperti tempat berbeku, dewan serba guna dan tempat berparti. Tidak dilupakan, kolam renang untuk kanak-kanak yang berhampiran dengan tempat permainan kanak-kanak. Seluruh kemudahan ini akan diserikan dengan ciri-ciri lanskap yang sesuai.
Pelancaran
Zeva @ Equine South telah dilancarkan pada 16 Jun 2012 dan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun akan datang. Sila layari web sesawang Zeva @ Equine South ini untuk maklumat lanjut. Disertakan juga peta tapak projek di bawah. (GPS:2.992885,101.676042)
Terima Kasih

Sunday, July 8, 2012
Susur Keluar Baru MEX Highway - Seri Kembangan
Persimpangan bertingkat Maju Expresway (MEX) di KM 16.5 yang mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dialami oleh lebih 68,000 penduduk Seri Kembangan & Taman Equine bakal siap pada 2015.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata persimpangan bertingkat di Seri Kembangan akan menelan belanja RM90 juta, dengan RM70 juta untuk kos pembinaan persimpangan tersebut manakala selebihnya untuk pembersihan tapak.
"Dengan persimpangan ini, penduduk di sini tidaklagi perlu untuk memandu lebih daripada 10 km setiap hari ke Putrajaya untuk menggunakan lebuhraya ini." kata beliau selepas mengunjungi tapak projek tersebut.
Shaziman berkata pembinaan persimpangan ini sebenarnya dijadualkan pada tahun hadapan tetapi telah dipercepatkan selepas mendapat kebenaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mana memiliki sebahagian besar tanah yang diperlukan untuk projek ini.
Beliau menambah, tol yang dicadangkan untuk menghala dan dari arah Kuala Lumpur sebanyak RM2.20 tetapi tiada caj dikenakan bagi sesiapa yang memandu di antara Seri Kembangan & Putrajaya.
Rujukan: mynewshub
FitriSinan: Alhamdulillah..kesesakan lalu lintas di Equine Park atau Seri Kembangan dapat diatasi. Syukur sangat. Cerita nie dah terlalu lama menjadi bualan penduduk cini. Mungkin pilihan raya pun dah dekat, kerajaan pun terus percepatkan proses ni. Sbb kawasan ni DAP yang pegang, BN mesti nk tunjuk bahawa die mampu beri manfaat di kawasan yang bukan jajahan BN(aku yang bersangka buruk hehe). Papepun terima kasih yang terlibat. kami penduduk Equine Park atau Seri Kembangan sgt bersyukur.
Oleh kerana blog ni adalah blog berkaitan dengan hartanah, aku nk komen berkaitan dengan hartanah juga. Jika dulu masa aku mula-mula duduk sini sekitar tahun 2008/2009, harga rumah boleh dikatakan mampu milik lagi. Sebagai contohnye Vista Pinggiran ketika itu hanya sekitar RM100 ribu sahaja. Kini nilai semasa sekitar RM140 ribu hingga RM160 ribu. Untuk unit lelong pula pada ketika itu tidak lebih daripada RM100 ribu, namun kini Reserve Price sahaja sudah mencecah RM100-RM110 ribu. Dijangkakan pada 2015 dimana siapnya persimpangan bertingkat di sini, nilainya pasti mampu mencecah hingga RM170 - RM180 ribu.
Tidak mustahil. Ini dapat dilihat dengan beberapa projek baru yang baru sahaja naik seperti ZEVA @ Equine South, 3ELEMENT @ Puchong South dsbg. Harga yang ditawarkan kini juga sudah mencecah RM300 ribu untuk 600-800 sqf. Untuk unit yang lebih besar seperti 1000++ sqf, ianya telah mencecah RM500 ribu!!
Namun begitu, bagi sesiapa yang ingin memiliki rumah jenis flat/apartment di Seri Kembangan, boleh berbuat demikian kerana masih banyak lagi apartment yang telah dibangunkan disini dan harganya masih berpatutan dan mampu milik seperti:
1. Apartment Ruselia - LC
2. Apartment Cemara - MC
3. Apartment Vista Pinggiran - MC
4. Apartment Putra Raya - LC
5. Apartment Sri Mas - MC
6. Apartment Impian
7. Apartment Putra Indah
8. Apartment Putra - LC
9. Apartment Mawar Jaya - LC
10. Apartment Kota Impian - LC
11. Apartment Jati - MC
12. Apartment Sri Indah - LC
13. Apartment Putra Permai - MC
14. Apartment Putra Ria - LC
15. Apartment Desaminium - MC

Note: LC - Low Cost, MC - Medium Cost
Terima Kasih
Friday, July 6, 2012
Penipuan Dalam Pembelian Rumah - Siri 2
Hi semua. Lama tak update. Maklum la aku ni bukan penulis/blogger tegar. Time mengarang pun terhegeh-hegeh aku nk susun ayat. Maklum la amatur. Ini adalah kesinambungan daripada post yang lepas. Sebenarnya ada juga solution walau pening macam mana pun masalah itu. Selepas consult dengan lawyer, lawyer memberikan jawapan seperti di bawah ni:
1. Buat perjanjian dengan owner ke-2(owner yang beli tetapi process pembelian belum selesai) dan bagi tempoh 5-6 bulan yang mana sepanjang tempoh tersebut tidak ada atau tidak boleh membuat penjualan dengan mana-mana buyer(selain buyer dalam cerita di sebelum ni) sehingga selesai S&P owner ke-2.
Keburukan: Proses pembelian jadi terlalu lama/panjang
2. Atau, buat S&P terus dengan owner pertama tanpa melibatkan nama owner ke-2. Contohnye owner pertama nak jual kepada owner ke-2 pada harga RM70k, dan owner ke-2 nak jual kepada new buyer pada harga RM100k maka new buyer kene bayar lebihan RM30k kepada owner ke-2 selepas selesainya S&P.
Kebaikan: Tanpa melibatkan owner ke-2, kurangkan kos guaman.
Namun, rujukan seterusnya kepada lawyer lain pula lain halnya. lawyer yang saya gunakan ni pula mengatakan jika owner ke-2 tidak gunakan PA(Power of Attorney), process S&P berjalan seperti biasa. Ini bermakna, tidak boleh gunakan langkah ke-2 di atas. Terpaksa gunakan juga langkah 1 bermakna terpaksa tunggu juga sehingga selesai S&P owner ke-2 kemudian barulah process S&P owner buyer baru boleh berjalan. Masalah telah selesai, hanya masa yang diambil je akan bertambah panjang/lama.
Rumit bukan process pembelian rumah ni. Aku pun belum arif 100% malah 50% pun belum tentu lagi. Ilmu tentang hartanah baru seciput.

Wednesday, June 20, 2012
Penipuan Dalam Pembelian Rumah - Siri 1
Soalan KHH:
Assalammualaikum, Semua KAMI.. nak minta pandangan n pendapat… saya dah close rumah xxx kat sungai chua, kajang dengan harga RM86k MV RM120K dgn agen (uncle jimmy) dah bagi deposit RM1K (21 hb june ni sebulan dari tarikh LOI). Saya dah hantar permohonan kat CIMB, bank nak kan S&P (SPA). Kiranya saya akan beli rumah tu kat Owner kedua. Uncle Jimmy tu macam tak nak bagi S&P je macam2 dia dolak dalih n dia ada bagi S&P yg dia buat sendiri siap ada nama saya lagi.. saya cakap dengan dia bank nak yang salinan ori S&P owner, pastu dia bagi S&P owner kedua tu rupa-rupanya Owner kedua tu baru beli rumah n S&P dia belum mati stemp (Stempping) lagi.. bank nak kan S&P yang dah stamping.. dan baru tadi saya telefon lawyer owner kedua tu nak tahu sama ada betul atau tidak S&P tu dalam proses.. Lawyer ANGELA LOW & JOAN CHONG.. dia kata memang betul owner tu baru beli dalam sebulan n belum tandatangan S&P tu. Dan dia kate boleh beli rumah tu.. tapi kena guna lawyer dia, senang nak proses katenye.. saya Tanya kalau saya nak guna lawyer saya boleh tak? Dia kata susah sikitlah sebab lawyer saya tak tau apa masalah yang dihadapi oleh owner kedua tu… dan mungkin lambat proses… macam mana ya??
Haaa...Agak-agak korang la. Ada solution ke utk persoalan kt atas ni. Ni lah antara beribu-ribu kes penipuan di dalam pembelian hartanah di Malaysia. Negara luar tak pastilah kan. Walau macam mana pun jenis penipuan/masalah, tetap ada jalan dan caranya. Macam mana tu? Inilah kelebihan apabila kita berilmu. Dengan ilmu jugalah kita dapat elakkan diri kita dari kerugian beribu-ribu ringgit.
Di Seminar Hartanah inilah aku memperolehi ilmu tersebut. Ingat! Beli rumah/hartanah bukannya murah. Ianya melibatkan ribuan malah beratus ribu ringgit. Itu baru deposit, belum jumlah pinjaman perumahan tu sendiri yang mammpu mencecah jutaan ringgit. Jawapannya akan diberikan pada post akan datang.
Terima Kasih
nota: sambungan siri 2 klik sini

Monday, February 6, 2012
Perkara yang sedang berlaku sekitar 2012
Bilik air rumah di Skyvilla bocor. Nak kene contact owner rumah atas tapi sampai skrg belum berjaya dihubungi. Ni la masalahnye bila owner tak ambil peduli hal ehwal rumah mereka. Ini sekaligus merugikan owner kerana dengan cara ini mereka tiada kuasa untuk menyelaras kadar sewa semasa. Tiada alasan yang paling kukuh untuk menaikkan kadar sewa melainkan memberikan service yang terbaik. Perjanjian sewaan akan berakhir pada April 2012 dan bercadang untuk menaikkan kadar sewa dari RM700 sebulan kepada RM750 atau RM800 sebulan. Sekaligus dapat memperbaiki kadar ROI kepada lebih daripada 8% jika adanya kenaikan RM50 atau RM100.

Progress rumah ke-2 agak perlahan. Lawyer pn susah nak dihubungi. Nak kene update jugak sebab nak buat pengeluaran KWSP. KWSP memberikan deviden 5.8% bagi tahun berakhir 2011, sedangkan Tabung Haji, Public Mutual, ASB, dan lain-lain instrument menjanjikan 6% atau lebih. Kita boleh membuat pengeluaran Akaun 1 dan memindahkannya ke instrument yang kita kehendaki seperti Public Mutual, Amanah Saham, etc. Mulakan langkah bijak anda kerana instrument selain daripada KWSP mampu memberikan dividen yang lebih tinggi. Perlu diingat wang pelaburan tersebut tidak boleh diusik kerana jika anda menjualnya semula secara automatik wang tersebut akan dimasukkan semula ke dalam Akaun 1 termasuk dividennya skali. Tetapi jika anda membuat pengeluaran untuk Akaun 2, wang tersebut boleh dimanipulasi. Ini akan dibincangkan di dalam post yang akan datang.
Rancang masa depan anda mulai sekarang. Tuntut ilmu mulai sekarang.

Monday, January 9, 2012
2012, 1433H & Azam
Selamat menyambut tahun baru 2012 dan 1433H! Setiap orang mesti ada azam yang baru, niat yang baru setiap kali muncul tahun baru. Tak kira la tahun Hijriah ataupun Masehi, pasti ada azam baru yang diniatkan. Azam pada aku agak penting juga untuk mensasarkan goal kita pada masa akan datang. Bila dihujung tahun, kita revise balik azam kita tu tercapai atau tak.
Bagi mencapai matlamat pendapatan pasif, aku dah pun sasarkan matlamat aku untuk tahun 2012/1433H ni. hopefully azam aku ni tercapai la hendaknya.
1. Membeli 3 buah rumah/apartment.
2. Melabur di dalam CPO.
3. Menjana pendapatan daripada eBay.
Untuk menjana pendapatan daripada azam yang aku nk capai di atas, kita perlukan ilmu. Tanpa ilmu, sasaran kita pasti akan tersasar jauh. Untuk azam yang pertama aku dah pun menghadiri 1 sesi seminar hartanah anjuran tuanbri.com. Pengisiannya dan rancangan membeli rumah tanpa cengkeram terbukti berkesan. Malah dapat cash pula! aku tengah tunggu process urusan jual beli selesai sebelum menerima sejumlah cash atas pembelian rumah. YA! Jangan tak percaya. Beli rumah dapat TUNAI. Ini bukan skim MLM atau skim cepat kaya ya.
Untuk azam ke-2 aku belum join mana-mana seminar di atas kekangan kewangan. Maklum la nak kawin kan, so banyak la duit nak pakai. InsyaAllah..lepas kawin aku akan restructure balik semua plan ke arah pendapatan pasif aku ni. Tapi ada belajar la cket2 selok belok pelaburan ni. High risk, high return. So, kene la buat research dulu.
Untuk azam yang ke-3 aku dah pun menghadiri seminar anjuran Najib Asadok. Aku mengenali beliau sewaktu beliau menghadiri seminar hartanah anjuran tuanbri.com yang aku sebutkan di atas. Ya! Beliau yang telah sukses di dalam eBay juga menyertai seminar hartanah ni. Beliau juga seperti aku, sedang menunggu proses pembelian rumah beliau selesai lantas mendapat TUNAI. Ya, dapat rumah dan juga tunai. kemudian rumah disewakan mendapat pendapatan pasif pula. Indah bukan :)
Mudah-mudahan segala rancangan aku berjalan dengan lancar. Apa yang baik datang dari Allah SWT, dan yang buruk dari aku sendiri. Mudah-mudahan urusan aku diberkati dan berjaya. InsyaAllah...
Enjoice!
Subscribe to:
Posts (Atom)