Sunday, July 8, 2012

Susur Keluar Baru MEX Highway - Seri Kembangan


Persimpangan bertingkat Maju Expresway (MEX) di KM 16.5 yang mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dialami oleh lebih 68,000 penduduk Seri Kembangan & Taman Equine bakal siap pada 2015.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata persimpangan bertingkat di Seri Kembangan akan menelan belanja RM90 juta, dengan RM70 juta untuk kos pembinaan persimpangan tersebut manakala selebihnya untuk pembersihan tapak.
"Dengan persimpangan ini, penduduk di sini tidaklagi  perlu untuk memandu lebih daripada 10 km setiap hari ke Putrajaya untuk menggunakan lebuhraya ini." kata beliau selepas mengunjungi tapak projek tersebut.
Shaziman berkata pembinaan persimpangan ini sebenarnya dijadualkan pada tahun hadapan tetapi telah dipercepatkan selepas mendapat kebenaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mana memiliki sebahagian besar tanah yang diperlukan untuk projek ini.
Beliau menambah, tol yang dicadangkan untuk menghala dan dari arah Kuala Lumpur sebanyak RM2.20 tetapi tiada caj dikenakan bagi sesiapa yang memandu di antara Seri Kembangan & Putrajaya.
Rujukan: mynewshub

FitriSinan: Alhamdulillah..kesesakan lalu lintas di Equine Park atau Seri Kembangan dapat diatasi. Syukur sangat. Cerita nie dah terlalu lama menjadi bualan penduduk cini. Mungkin pilihan raya pun dah dekat, kerajaan pun terus percepatkan proses ni. Sbb kawasan ni DAP yang pegang, BN mesti nk tunjuk bahawa die mampu beri manfaat di kawasan yang bukan jajahan BN(aku yang bersangka buruk hehe). Papepun terima kasih yang terlibat. kami penduduk Equine Park atau Seri Kembangan sgt bersyukur.


Oleh kerana blog ni adalah blog berkaitan dengan hartanah, aku nk komen berkaitan dengan hartanah juga. Jika dulu masa aku mula-mula duduk sini sekitar tahun 2008/2009, harga rumah boleh dikatakan mampu milik lagi. Sebagai contohnye Vista Pinggiran ketika itu hanya sekitar RM100 ribu sahaja. Kini nilai semasa sekitar RM140 ribu hingga RM160 ribu. Untuk unit lelong pula pada ketika itu tidak lebih daripada RM100 ribu, namun kini Reserve Price sahaja sudah mencecah RM100-RM110 ribu. Dijangkakan pada 2015 dimana siapnya persimpangan bertingkat di sini, nilainya pasti mampu mencecah hingga RM170 - RM180 ribu. 


Tidak mustahil. Ini dapat dilihat dengan beberapa projek baru yang baru sahaja naik seperti ZEVA @ Equine South, 3ELEMENT @ Puchong South dsbg. Harga yang ditawarkan kini juga sudah mencecah RM300 ribu untuk 600-800 sqf. Untuk unit yang lebih besar seperti 1000++ sqf, ianya telah mencecah RM500 ribu!!


Namun begitu, bagi sesiapa yang ingin memiliki rumah jenis flat/apartment di Seri Kembangan, boleh berbuat demikian kerana masih banyak lagi apartment yang telah dibangunkan disini dan harganya masih berpatutan dan mampu milik seperti:
1. Apartment Ruselia - LC
2. Apartment Cemara - MC
3. Apartment Vista Pinggiran - MC
4. Apartment Putra Raya - LC
5. Apartment Sri Mas - MC
6. Apartment Impian
7. Apartment Putra Indah
8. Apartment Putra - LC
9. Apartment Mawar Jaya - LC
10. Apartment Kota Impian - LC
11. Apartment Jati - MC
12. Apartment Sri Indah - LC
13. Apartment Putra Permai - MC
14. Apartment Putra Ria - LC
15. Apartment Desaminium - MC
Note: LC - Low Cost, MC - Medium Cost

Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan komen anda :)