Sunday, July 24, 2011

Selesai

Hai...

Lama gila aku tak update blog ni. masuk hari nie dah bermakna dah 225 hari aku tak jenguk blog ni. haih..bersawang, bersarang tikus bagai dah ni. penat juga kan nk kemas kalau blog ni macam sebijik rumah.

Alhamdulillah..perkataan tu lebih tepat untuk menunjukkan tahap process pembelian rumah pertama aku. segala-galanya selesai pada Januari 2011. bermakna, it take more than 10 months to complete the transaction. huh..lama kan. boleh kata mimpi ngeri juga lah bila mana aku telah berhabis dalam lingkungan RM15k++ untuk pembelian rumah berharga RM110k. tu semua termasuk la skali dgn late charges 8% per annum yg aku terpaksa bayar dek kerana kelembapan dan ketidak profesionalan lawyer bank melakukan kerja.

Rumah tu selamat disewakan kepada 3 org pelajar yang masing² berasal dari Jordan, UAE dan Iraq. Alhamdulillah juga sewa yang dikenakan sebanyak RM700 sebulan tiada masalah untuk aku terima bulan² walaupun kadangkala lewat sehingga 10hb. aku tak kesah, janji korang bayar hehe..

Hasil daripada kutipan sewa, aku dapat sedikit excess. tak la banyak mana. ciput je..but again Alhamdulillah :) Yang perlu aku keluarkan adalah bank installment RM475, maintenance fee and sinking fund RM134.15. Dan dalam setahun aku berjaya kumpulkan lebihan sebanyak RM1,090.20. So lepas la aku nk bayar cukai taksiran sebanyak RM204 setahun serta deposit bil TNB sebanyak RM200. kan...aku pn tak tukar lagi penama bil TNB hehe :) Next time aku bercerita pasal seminar hartanah yang aku sertai dan juga yg bakal aku sertai.

Enjoice!