Wednesday, November 30, 2011

Bila?

Tajuknye terlalu general kan :p Tapi soalan tu lah yang kerap bermain di benak setiap orang di Malaysia ni malah dunia ni! Bila? Bila korang patut beli rumah? adakah bila duit korang cukup? adakah bila hutang korang langsai? adakah selepas kahwin? adakah selepas anak sorang? lepas property bubble meletup? tunggu BLR turun?

Jawapannya cukup ringkas. BILA-BILA MASA je. jangan tunggu-tunggu lagi. kalau masih menunggu maknanya kita belum bersedia. maknanya kita belum mempunyai cukup ilmu dalam hartanah.

Ada banyak blog, website, buku, etc menceritakan berkenaan hal ehwal semasa hartanah. Sumber percuma boleh didapati di laman-laman blog, website di luar sana(dan juga blog ni hehe). Namun sejauh mana keberkesanan ilmu percuma tersebut untuk dipraktikkan secara amali. Sudahkah anda membaca keseluruhan process pembelian rumah/hartanah daripada mana-mana laman blog/website lantas membeli hartanah yang pertama tanpa sebarang masalah? daripada 10 mungkin hanya ada 1 sahaja. Ini kerana kurang ilmu berkaitan hartanah.

Oleh itu, jika anda berminat untuk memiliki hartanah yang pertama khususnya, tuntutlah ilmu berkaitan dengan hartanah untuk mengelakkan anda kerugian. Harus diingat, harga hartanah bukan sekadar ratusan ringgit tetapi menjangkau angka puluhan dan ratusan ribu ringgit. Adakah anda bersedia utk kehilangan simpanan yang sekian lama anda simpan? fikir-fikirkan...


Enjoice!

Saturday, November 26, 2011

Berita baik


Dah sign LO dari Public Bank pagi tadi. lepas tu terus pegi jumpa lawyer dan bagi copy LO kat lawyer untuk urusan draft S&P. InsyaAllah kalau takde masalah, next week dah boleh sign S&P. macam agak laju la jugak lawyer ni buat keje :)~ Walaupun berita sedihnya legal fee tak dapat absorb ke dalam loan, namun lawyer mengatakan segala bayaran yang akan dikenakan boleh ditolak selepas loan disburse. Alhamdulillah!


Sembang-sembang dengan lawyer, rupenya die join seminar yang aku bagitau pada entry yang lepas. Alhamdulillah bertambah komuniti Kelab Hartawan Hartanah (KHH). Dengan bertambahnya ahli yang terdiri dari individu-individu professional seperti lawyer, engineer, doctor, pilot, etc dapat mengukuhkan faundation KHH. Moga suatu hari nanti usaha KHH dalam memecahkan monopoly perniagaan hartanah di Malaysia yang dikuasai bangsa asing terlaksana.

Salam!

Wednesday, November 23, 2011

Pelaburan seterusnya

Post yang lepas menceritakan pasal kes rumah pertama aku yang sudah selesai. Macam biasa la selaku landlord ada berbagai-bagai dugaan yang kene hadapi. Antaranya leaking di bilik air. Kalo sebelum ni pernah leaking tapi selamat dibaiki dan kos ditanggung oleh unit rumah di tingkat atas. Kali nie, tenant aku kata agak teruk. kedua-dua bilik air leaking. Report dah dibuat di ofis maintenance dan insyaAllah tindakan akan diambil bilamana diorang dapat contact owner or tenant unit yang bocor tu.

Aku sebenarnya nak bercerita pasal pelaburan yang seterusnya. Bukan pasal rumah aku yang leaking tu. Pelaburan seterunya ni ada kaitan lepas aku attend satu seminar berkisar pelaburan hartanah. Aku meneruskan langkah pelaburan dengan pembelian rumah yang ke-2. Kali ni berbeza sedikit dengan pembelian yang lepas di mana aku mengeluarkan sekitar RM15,000 sepanjang proses pembelian rumah tu. Kali ni strategy adalah "Pembelian Tanpa Modal". Ahha..mcm mana tu?? hehe :)

Alhamdulillah di atas kertas aku akan generate cash sebanyak RM12,200 dalam pembelian rumah ke-2 ni. Pelik bukan hehe. Sepatutnya orang beli rumah kene keluar duit. tapi aku pulak terbalik. Beli rumah tapi dapat duit. Dah macam sistem MLM plak dah haha. Tapi jangan risau pasal ni semua takde kaitan walau sekelumit najis MLM skalipun. Kalau nak tahu lebih lanjut sila klik puas-puas link di bawah ni.


Anda semua dah klik? Dah puas klik? Dah puas baca? Ada soalan? Banyak soalan? Anda berada di landasan yang betul untuk merungkai segala persoalan yang aku ceritakan di atas. Selama ni pemikiran aku sangat singkat. Aku fikir, melalui pembacaan di internet, journal, blog, paper, magazine, etc sudah cukup untuk meluaskan pelaburan kita. Jika anda semua di luar sana beranggapan macam tu juga memang silap.

Aku dah melakukan kesilapan sewaktu pembelian rumah pertama aku. Bermacam-macam dugaan dan halangan yang aku hadapi dalam proses pembelian rumah pertama. Namun aku sedar dan belajar dari kesilapan. Mungkin dengan wang RM15,000 yang aku miliki tu digunakan untuk melabur di dalam menuntut ilmu dulu mungkin perjalanan pelaburan aku kini berbeza. Pada usia yang belum menjangkau 30-an aku masih bersyukur mampu sedar akan kekurangan aku dalam ilmu hartanah.

Serba sedikit perjalanan pembelian rumah ke-2 aku ni. Loan dah approved dan Letter Offer dah keluar cuma pegawai bank tu tengah tunggu bos die sign sebelum serahkan pada aku. Proses sekarang agak slow jugak. Aku harap minggu ni dapat LO dan boleh la aku proceed serahkan copy LO tu kepada lawyer aku untuk urusan draft S&P. Mudah-mudahan urusan kali ni berjalan lancar tanpa masalah. Maklum la rencananya nak gunakan duit yang aku dapat dari pembelian rumah ke-2 ni untuk perbelanjaan kahwin. InsyaAllah dipermudahkan..Amiiinn...

Enjoice!