Tuesday, November 30, 2010

perlu difikirkan

Case skyvillas masih belum boleh advice. loyer bank kata ada a few document yang loyer SnP xbagi lg. pagi-pagi aku dah kol kedua-dua loyer ni. loyer SnP beria-ia kata nak kol loyer bank. lepas sejam aku kol blk, die dah keluar!! apa la ssh sgt nk fwd semua document kat loyer bank tu???

Info ni aku dapat daripada blog abg.ensem. ensem ke hahaha. ensem la sbb otak die geliga dlm pelaburan hartanah ni :) sebelum melabur di dalam hartanah, katanya kita perlu memikirkan 5P jika kita nak sewakan rumah tu nanti. apa tu 5P?? macam org gomen lak, ada 5s lah apa lah. 5P adalah Product, Price, Place, Promotion, and People. jom pecahkan P tu kepada persoalan yang pasti timbul.
1. Product. rumah mcm mana yang korang target?
2. Price. brape pulak sewa yang korang nk kenekan?
3. Place. apakah lokasi ni hot. apakah amenities berdekatan yg menarik?
4. Promotion. mcm mana nk promote rumah tu nanti. apa medium promotion/iklan?
5. People. siapa target tenants korang? students? pekerja kilang?

soalannye..mcm mana nk dapatkan info ni sume?? ok, daripada konsep abg.ensem, aku kemukakan pengalaman aku untuk tackle all the issues.

1. Mula-mula aku berjinak dalam hartanah ni, aku tetapkan untuk bermula dengan apartment. yang ni haruslah kena dengan anak tekak poket kita. jangan kita budget tinggi-tinggi tapi xmampu nak baya. pastu ada suara sinis "eh kan dpt rental payment, baya je la pakai duit rental". ye betul baya pakai duit rental, tapi kita kene amik worse case scenario. mana nk cekau duit sewaktu belum dapat tenant. kalau sebulan dua xpe jugak, tp kalo dah berbulan2, anak tekak kita pn kene isi juga, kete keje baya juga, ptptn kene juga.

2. Oleh kerana aku beli sub-sale, aku just tanye owner sblm ni. brape die sewakan untuk unit rumah die tu. senang kan? satu lagi sumber yang mudah untuk pembelian rumah skunder ni melalui Mudah.com.my. mmg mudah. daripada citu kita dapat anggaran brape sewa yang patut dikenakan. ni juga salah satu cara untuk dptkan gambaran awl brape market value rumah tu. tengok je brape org iklan nk jual. samada kurang dr market value atau sama dengan market value.

3. cara mudah utk mengenal pasti amenities berdekatan yg menarik adalah kita sendiri explore kawasan tu. utk kawasan yang lama membangun, agak mudah sbb kita boleh rujuk internet. ditambah pulak dengan usaha kita sendiri untuk mengenalpasti sendiri apa kemudahan yg berdekatan, sumenye akan berjalan cantikk je.

4. usaha promosi yang aku buat xbanyak. cume kenal dan berbaik2 dengan previous tenant rumah tu. untuk unit aku tu, kebetulan tenant yg lepas nak balik negara asal die, Jordan. so aku pun pesan kt die tlg fwd no aku kpd kwn2 senegara die yg die kenal. org-org middle east ni suke duduk berkelompok. so xsusah nk cari tenant yg sama bangsa diorang. even tho aku belum dapat kunci lagi diorang dah kol aku. cpt kan.

5. oleh sbb aku dah tau kawasan ni ramai org middle east, dari awl lg aku dah target tenant aku pn from middle east. orang middle east ni sng nak handle. soal duit diorang xberkira, yang penting kondisi mesti tip top. kalau kita bg rumah mcm yang diminta, if kosong bg kosong la, if fully bg fully furnish lah. soal duit confirm xda masalah.

Friday, November 26, 2010

aku dah agak

perbualan petang td..

aku: kak.xxx, mcm mana, dah boleh advice ke kes sy arini
DGK: akak tunggu semua document dari OnP dik. semalam die kata nak bagi, tp sampai skrg xdpt lg. xpe, nanti kalo akak dapat sume document tu akak call u, ok?
aku: ok(dgn penuh hampa)

seterusnye..

aku: helo Mrs K, tadi i call DGK, die kata tgh tunggu document dr u. u dah hantar ke belum?
OnP: i dah hantar semalam(khamis), mungkin lambat cket sampai. kami dah hantar semua.
aku: ok(damn!!)

jarak antara 2 ofis lawyer ni xsampai pn 5km. 1 kat Boulevard, 1 lg kat Bangsar. dekat kan. xkan tu pun pakai pos! pakai la mat dispatch, cpt sampai. geram plak aku weyy. tunggu isnin ni aku nk tgk apa plak alasan DGK ni. cis!!

Tunggu buah tak gugur




Tajuk je dah jelas dan nyata kan. apa maknenye?? ibarat tunggu sesuatu xdpt2. adoii..pening juga. kisah ni berkaitan dengan penantian pembelian rumah aku yang sulong. nak dijadikan cerita yang sulong ni lah yang mendatangkan masalah.

Pembelian sub-sale atau skunder utk unit Serdang Skyvillas merupakan titik tolak aku berjinak2 dalam dunia hartanah nie. Perjanjian SnP ditandatangani pada 13 March 2010, tapi sehingga sekarang belum selesai. dah berapa bulan bhaii...Tempoh untuk loan disburse ke akaun vendor dah expired sebanyak 2 kali. 25/8/2010 dan extension period beserta 8% late charges expired pada 25/11/2010. maknenye baru je beberapa minit expired kan. tension....mmg tension. brape dah aku kene charge?? byk beb...

Yang menjadikan rumit case aku ni, aku menggunakan 2 lawyer yang berbeza untuk SnP and loan agreement. ianya merupakan pengalaman yang amat berharga walaupun aku terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membayarnye(walaupn tak sepatutnye).

Hari ni bersamaan 26/11/2010, lawyer loan bank aku dah janji boleh advice case aku ke public bank. that mean aku dah hampir untuk melengkapkan urusan jual beli ni. if semuanya berjalan cantik, isnin depan, bank dah boleh process document aku. next 2 week, check dah boleh keluar, seterusnye disburse ke akaun vondor. hopefully Allah merahmati urusan aku ni. pagi2 ni nk kol lawyer untuk update. harap2nye berita gembira yg aku terima lah.

p/s: arini merayap ke Setia Alam. lawa bhaii umahnye. duitnye pn lawaaa.. :(

Tuesday, November 23, 2010

Pertama

Salam semua,

dah lama aku ber-blog. sejak 2003 lagi. masa tu kat UiTM dan blog pertama aku di-host-kan di blogdrive.com. kemudian bertuka-tuka blog sbb aku ni bukan penulis blog tegar hehe. so harap-harap dengan azam baru untuk merubah masa depan aku dan juga keluarga, kelahiran blog ni akan menjadi Log-Tak-Rasmi (LTR) aku daripada kosong sehingga aku berjaya menjadi salah seorang usahawan hartanah melayu yang berjaya..InsyaAllah.