Monday, February 6, 2012

Perkara yang sedang berlaku sekitar 2012

Bilik air rumah di Skyvilla bocor. Nak kene contact owner rumah atas tapi sampai skrg belum berjaya dihubungi. Ni la masalahnye bila owner tak ambil peduli hal ehwal rumah mereka. Ini sekaligus merugikan owner kerana dengan cara ini mereka tiada kuasa untuk menyelaras kadar sewa semasa. Tiada alasan yang paling kukuh untuk menaikkan kadar sewa melainkan memberikan service yang terbaik. Perjanjian sewaan akan berakhir pada April 2012 dan bercadang untuk menaikkan kadar sewa dari RM700 sebulan kepada RM750 atau RM800 sebulan. Sekaligus dapat memperbaiki kadar ROI kepada lebih daripada 8% jika adanya kenaikan RM50 atau RM100.



Progress rumah ke-2 agak perlahan. Lawyer pn susah nak dihubungi. Nak kene update jugak sebab nak buat pengeluaran KWSP. KWSP memberikan deviden 5.8% bagi tahun berakhir 2011, sedangkan Tabung Haji, Public Mutual, ASB, dan lain-lain instrument menjanjikan 6% atau lebih. Kita boleh membuat pengeluaran Akaun 1 dan memindahkannya ke instrument yang kita kehendaki seperti Public Mutual, Amanah Saham, etc. Mulakan langkah bijak anda kerana instrument selain daripada KWSP mampu memberikan dividen yang lebih tinggi. Perlu diingat wang pelaburan tersebut tidak boleh diusik kerana jika anda menjualnya semula secara automatik wang tersebut akan dimasukkan semula ke dalam Akaun 1 termasuk dividennya skali. Tetapi jika anda membuat pengeluaran untuk Akaun 2, wang tersebut boleh dimanipulasi. Ini akan dibincangkan di dalam post yang akan datang.

Rancang masa depan anda mulai sekarang. Tuntut ilmu mulai sekarang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan komen anda :)