Friday, November 26, 2010

Tunggu buah tak gugur




Tajuk je dah jelas dan nyata kan. apa maknenye?? ibarat tunggu sesuatu xdpt2. adoii..pening juga. kisah ni berkaitan dengan penantian pembelian rumah aku yang sulong. nak dijadikan cerita yang sulong ni lah yang mendatangkan masalah.

Pembelian sub-sale atau skunder utk unit Serdang Skyvillas merupakan titik tolak aku berjinak2 dalam dunia hartanah nie. Perjanjian SnP ditandatangani pada 13 March 2010, tapi sehingga sekarang belum selesai. dah berapa bulan bhaii...Tempoh untuk loan disburse ke akaun vendor dah expired sebanyak 2 kali. 25/8/2010 dan extension period beserta 8% late charges expired pada 25/11/2010. maknenye baru je beberapa minit expired kan. tension....mmg tension. brape dah aku kene charge?? byk beb...

Yang menjadikan rumit case aku ni, aku menggunakan 2 lawyer yang berbeza untuk SnP and loan agreement. ianya merupakan pengalaman yang amat berharga walaupun aku terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membayarnye(walaupn tak sepatutnye).

Hari ni bersamaan 26/11/2010, lawyer loan bank aku dah janji boleh advice case aku ke public bank. that mean aku dah hampir untuk melengkapkan urusan jual beli ni. if semuanya berjalan cantik, isnin depan, bank dah boleh process document aku. next 2 week, check dah boleh keluar, seterusnye disburse ke akaun vondor. hopefully Allah merahmati urusan aku ni. pagi2 ni nk kol lawyer untuk update. harap2nye berita gembira yg aku terima lah.

p/s: arini merayap ke Setia Alam. lawa bhaii umahnye. duitnye pn lawaaa.. :(

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan komen anda :)