Tuesday, November 30, 2010

perlu difikirkan

Case skyvillas masih belum boleh advice. loyer bank kata ada a few document yang loyer SnP xbagi lg. pagi-pagi aku dah kol kedua-dua loyer ni. loyer SnP beria-ia kata nak kol loyer bank. lepas sejam aku kol blk, die dah keluar!! apa la ssh sgt nk fwd semua document kat loyer bank tu???

Info ni aku dapat daripada blog abg.ensem. ensem ke hahaha. ensem la sbb otak die geliga dlm pelaburan hartanah ni :) sebelum melabur di dalam hartanah, katanya kita perlu memikirkan 5P jika kita nak sewakan rumah tu nanti. apa tu 5P?? macam org gomen lak, ada 5s lah apa lah. 5P adalah Product, Price, Place, Promotion, and People. jom pecahkan P tu kepada persoalan yang pasti timbul.
1. Product. rumah mcm mana yang korang target?
2. Price. brape pulak sewa yang korang nk kenekan?
3. Place. apakah lokasi ni hot. apakah amenities berdekatan yg menarik?
4. Promotion. mcm mana nk promote rumah tu nanti. apa medium promotion/iklan?
5. People. siapa target tenants korang? students? pekerja kilang?

soalannye..mcm mana nk dapatkan info ni sume?? ok, daripada konsep abg.ensem, aku kemukakan pengalaman aku untuk tackle all the issues.

1. Mula-mula aku berjinak dalam hartanah ni, aku tetapkan untuk bermula dengan apartment. yang ni haruslah kena dengan anak tekak poket kita. jangan kita budget tinggi-tinggi tapi xmampu nak baya. pastu ada suara sinis "eh kan dpt rental payment, baya je la pakai duit rental". ye betul baya pakai duit rental, tapi kita kene amik worse case scenario. mana nk cekau duit sewaktu belum dapat tenant. kalau sebulan dua xpe jugak, tp kalo dah berbulan2, anak tekak kita pn kene isi juga, kete keje baya juga, ptptn kene juga.

2. Oleh kerana aku beli sub-sale, aku just tanye owner sblm ni. brape die sewakan untuk unit rumah die tu. senang kan? satu lagi sumber yang mudah untuk pembelian rumah skunder ni melalui Mudah.com.my. mmg mudah. daripada citu kita dapat anggaran brape sewa yang patut dikenakan. ni juga salah satu cara untuk dptkan gambaran awl brape market value rumah tu. tengok je brape org iklan nk jual. samada kurang dr market value atau sama dengan market value.

3. cara mudah utk mengenal pasti amenities berdekatan yg menarik adalah kita sendiri explore kawasan tu. utk kawasan yang lama membangun, agak mudah sbb kita boleh rujuk internet. ditambah pulak dengan usaha kita sendiri untuk mengenalpasti sendiri apa kemudahan yg berdekatan, sumenye akan berjalan cantikk je.

4. usaha promosi yang aku buat xbanyak. cume kenal dan berbaik2 dengan previous tenant rumah tu. untuk unit aku tu, kebetulan tenant yg lepas nak balik negara asal die, Jordan. so aku pun pesan kt die tlg fwd no aku kpd kwn2 senegara die yg die kenal. org-org middle east ni suke duduk berkelompok. so xsusah nk cari tenant yg sama bangsa diorang. even tho aku belum dapat kunci lagi diorang dah kol aku. cpt kan.

5. oleh sbb aku dah tau kawasan ni ramai org middle east, dari awl lg aku dah target tenant aku pn from middle east. orang middle east ni sng nak handle. soal duit diorang xberkira, yang penting kondisi mesti tip top. kalau kita bg rumah mcm yang diminta, if kosong bg kosong la, if fully bg fully furnish lah. soal duit confirm xda masalah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan komen anda :)