Showing posts with label selesai. Show all posts
Showing posts with label selesai. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Penipuan Dalam Pembelian Rumah - Siri 2

Hi semua. Lama tak update. Maklum la aku ni bukan penulis/blogger tegar. Time mengarang pun terhegeh-hegeh aku nk susun ayat. Maklum la amatur. Ini adalah kesinambungan daripada post yang lepas. Sebenarnya ada juga solution walau pening macam mana pun masalah itu. Selepas consult dengan lawyer, lawyer memberikan jawapan seperti di bawah ni:

1. Buat perjanjian dengan owner ke-2(owner yang beli tetapi process pembelian belum selesai) dan bagi tempoh 5-6 bulan yang mana sepanjang tempoh tersebut tidak ada atau tidak boleh membuat penjualan dengan mana-mana buyer(selain buyer dalam cerita di sebelum ni) sehingga selesai S&P owner ke-2.
Keburukan: Proses pembelian jadi terlalu lama/panjang
2. Atau, buat S&P terus dengan owner pertama tanpa melibatkan nama owner ke-2. Contohnye owner pertama nak jual kepada owner ke-2 pada harga RM70k, dan owner ke-2 nak jual kepada new buyer pada harga RM100k maka new buyer kene bayar lebihan RM30k kepada owner ke-2 selepas selesainya S&P.
Kebaikan: Tanpa melibatkan owner ke-2, kurangkan kos guaman.


Namun, rujukan seterusnya kepada lawyer lain pula lain halnya. lawyer yang saya gunakan ni pula mengatakan jika owner ke-2 tidak gunakan PA(Power of Attorney), process S&P berjalan seperti biasa. Ini bermakna, tidak boleh gunakan langkah ke-2 di atas. Terpaksa gunakan juga langkah 1 bermakna terpaksa tunggu juga sehingga selesai S&P owner ke-2 kemudian barulah process S&P owner buyer baru boleh berjalan. Masalah telah selesai, hanya masa yang diambil je akan bertambah panjang/lama.


Rumit bukan process pembelian rumah ni. Aku pun belum arif 100% malah 50% pun belum tentu lagi. Ilmu tentang hartanah baru seciput.


Terima Kasih

Sunday, July 24, 2011

Selesai

Hai...

Lama gila aku tak update blog ni. masuk hari nie dah bermakna dah 225 hari aku tak jenguk blog ni. haih..bersawang, bersarang tikus bagai dah ni. penat juga kan nk kemas kalau blog ni macam sebijik rumah.

Alhamdulillah..perkataan tu lebih tepat untuk menunjukkan tahap process pembelian rumah pertama aku. segala-galanya selesai pada Januari 2011. bermakna, it take more than 10 months to complete the transaction. huh..lama kan. boleh kata mimpi ngeri juga lah bila mana aku telah berhabis dalam lingkungan RM15k++ untuk pembelian rumah berharga RM110k. tu semua termasuk la skali dgn late charges 8% per annum yg aku terpaksa bayar dek kerana kelembapan dan ketidak profesionalan lawyer bank melakukan kerja.

Rumah tu selamat disewakan kepada 3 org pelajar yang masing² berasal dari Jordan, UAE dan Iraq. Alhamdulillah juga sewa yang dikenakan sebanyak RM700 sebulan tiada masalah untuk aku terima bulan² walaupun kadangkala lewat sehingga 10hb. aku tak kesah, janji korang bayar hehe..

Hasil daripada kutipan sewa, aku dapat sedikit excess. tak la banyak mana. ciput je..but again Alhamdulillah :) Yang perlu aku keluarkan adalah bank installment RM475, maintenance fee and sinking fund RM134.15. Dan dalam setahun aku berjaya kumpulkan lebihan sebanyak RM1,090.20. So lepas la aku nk bayar cukai taksiran sebanyak RM204 setahun serta deposit bil TNB sebanyak RM200. kan...aku pn tak tukar lagi penama bil TNB hehe :) Next time aku bercerita pasal seminar hartanah yang aku sertai dan juga yg bakal aku sertai.

Enjoice!