Hi semua. Lama tak update. Maklum la aku ni bukan penulis/blogger tegar. Time mengarang pun terhegeh-hegeh aku nk susun ayat. Maklum la amatur. Ini adalah kesinambungan daripada post yang lepas. Sebenarnya ada juga solution walau pening macam mana pun masalah itu. Selepas consult dengan lawyer, lawyer memberikan jawapan seperti di bawah ni:
1. Buat perjanjian dengan owner ke-2(owner yang beli tetapi process pembelian belum selesai) dan bagi tempoh 5-6 bulan yang mana sepanjang tempoh tersebut tidak ada atau tidak boleh membuat penjualan dengan mana-mana buyer(selain buyer dalam cerita di sebelum ni) sehingga selesai S&P owner ke-2.
Keburukan: Proses pembelian jadi terlalu lama/panjang
2. Atau, buat S&P terus dengan owner pertama tanpa melibatkan nama owner ke-2. Contohnye owner pertama nak jual kepada owner ke-2 pada harga RM70k, dan owner ke-2 nak jual kepada new buyer pada harga RM100k maka new buyer kene bayar lebihan RM30k kepada owner ke-2 selepas selesainya S&P.
Kebaikan: Tanpa melibatkan owner ke-2, kurangkan kos guaman.
Namun, rujukan seterusnya kepada lawyer lain pula lain halnya. lawyer yang saya gunakan ni pula mengatakan jika owner ke-2 tidak gunakan PA(Power of Attorney), process S&P berjalan seperti biasa. Ini bermakna, tidak boleh gunakan langkah ke-2 di atas. Terpaksa gunakan juga langkah 1 bermakna terpaksa tunggu juga sehingga selesai S&P owner ke-2 kemudian barulah process S&P owner buyer baru boleh berjalan. Masalah telah selesai, hanya masa yang diambil je akan bertambah panjang/lama.
Rumit bukan process pembelian rumah ni. Aku pun belum arif 100% malah 50% pun belum tentu lagi. Ilmu tentang hartanah baru seciput.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment
Terima kasih dengan komen anda :)