Showing posts with label skyvillas. Show all posts
Showing posts with label skyvillas. Show all posts

Monday, February 6, 2012

Perkara yang sedang berlaku sekitar 2012

Bilik air rumah di Skyvilla bocor. Nak kene contact owner rumah atas tapi sampai skrg belum berjaya dihubungi. Ni la masalahnye bila owner tak ambil peduli hal ehwal rumah mereka. Ini sekaligus merugikan owner kerana dengan cara ini mereka tiada kuasa untuk menyelaras kadar sewa semasa. Tiada alasan yang paling kukuh untuk menaikkan kadar sewa melainkan memberikan service yang terbaik. Perjanjian sewaan akan berakhir pada April 2012 dan bercadang untuk menaikkan kadar sewa dari RM700 sebulan kepada RM750 atau RM800 sebulan. Sekaligus dapat memperbaiki kadar ROI kepada lebih daripada 8% jika adanya kenaikan RM50 atau RM100.



Progress rumah ke-2 agak perlahan. Lawyer pn susah nak dihubungi. Nak kene update jugak sebab nak buat pengeluaran KWSP. KWSP memberikan deviden 5.8% bagi tahun berakhir 2011, sedangkan Tabung Haji, Public Mutual, ASB, dan lain-lain instrument menjanjikan 6% atau lebih. Kita boleh membuat pengeluaran Akaun 1 dan memindahkannya ke instrument yang kita kehendaki seperti Public Mutual, Amanah Saham, etc. Mulakan langkah bijak anda kerana instrument selain daripada KWSP mampu memberikan dividen yang lebih tinggi. Perlu diingat wang pelaburan tersebut tidak boleh diusik kerana jika anda menjualnya semula secara automatik wang tersebut akan dimasukkan semula ke dalam Akaun 1 termasuk dividennya skali. Tetapi jika anda membuat pengeluaran untuk Akaun 2, wang tersebut boleh dimanipulasi. Ini akan dibincangkan di dalam post yang akan datang.

Rancang masa depan anda mulai sekarang. Tuntut ilmu mulai sekarang.

Sunday, July 24, 2011

Selesai

Hai...

Lama gila aku tak update blog ni. masuk hari nie dah bermakna dah 225 hari aku tak jenguk blog ni. haih..bersawang, bersarang tikus bagai dah ni. penat juga kan nk kemas kalau blog ni macam sebijik rumah.

Alhamdulillah..perkataan tu lebih tepat untuk menunjukkan tahap process pembelian rumah pertama aku. segala-galanya selesai pada Januari 2011. bermakna, it take more than 10 months to complete the transaction. huh..lama kan. boleh kata mimpi ngeri juga lah bila mana aku telah berhabis dalam lingkungan RM15k++ untuk pembelian rumah berharga RM110k. tu semua termasuk la skali dgn late charges 8% per annum yg aku terpaksa bayar dek kerana kelembapan dan ketidak profesionalan lawyer bank melakukan kerja.

Rumah tu selamat disewakan kepada 3 org pelajar yang masing² berasal dari Jordan, UAE dan Iraq. Alhamdulillah juga sewa yang dikenakan sebanyak RM700 sebulan tiada masalah untuk aku terima bulan² walaupun kadangkala lewat sehingga 10hb. aku tak kesah, janji korang bayar hehe..

Hasil daripada kutipan sewa, aku dapat sedikit excess. tak la banyak mana. ciput je..but again Alhamdulillah :) Yang perlu aku keluarkan adalah bank installment RM475, maintenance fee and sinking fund RM134.15. Dan dalam setahun aku berjaya kumpulkan lebihan sebanyak RM1,090.20. So lepas la aku nk bayar cukai taksiran sebanyak RM204 setahun serta deposit bil TNB sebanyak RM200. kan...aku pn tak tukar lagi penama bil TNB hehe :) Next time aku bercerita pasal seminar hartanah yang aku sertai dan juga yg bakal aku sertai.

Enjoice!

Thursday, December 9, 2010

aku makin risau

kenapa aku risau:

1. Sbb due date extension period utk case aku berakhir lagi 5 hari tolak sabtu ahad.

2. Sempat ke nak advice seterusnye bank keluarkan check kpd vendor(penjual).

3. Apa lagi janji-janji manis kedua-dua loyer aku yg mcm CELAKA ni.

4. Kalau vendor ilang sabar dan terminate kontrak, aku akan kehilangan RM14k!


tips utk pembeli2 rumah akan datang:

1. Sentiasa ambik tau or call loyer korang untuk update. jgn terlalu konfiden. jgn biarkan diorang tido!

2. Jangan gunakan 2 loyer berbeza utk SnP dan loan agreement. nanti jadi mcm aku. masing2 tanak ngaku salah.

3. Korang kene tegas. aku ni xreti nak marah2. iyeeeekan je la ape loyer ckp :(

4. Jangan ikut telunjuk agen2 yang menjual rumah supaya pakai khidmat loyer saranan diorang, unless korang dah kenal dan masak dengan loyer tu. Mmg la tak kene bayar sesen pun walaupun pakai khidmat diorang, psl diorang dah dpt komisyen dari bank.

p/s: aku perlukan khabar berita baik hari ini.

Friday, November 26, 2010

aku dah agak

perbualan petang td..

aku: kak.xxx, mcm mana, dah boleh advice ke kes sy arini
DGK: akak tunggu semua document dari OnP dik. semalam die kata nak bagi, tp sampai skrg xdpt lg. xpe, nanti kalo akak dapat sume document tu akak call u, ok?
aku: ok(dgn penuh hampa)

seterusnye..

aku: helo Mrs K, tadi i call DGK, die kata tgh tunggu document dr u. u dah hantar ke belum?
OnP: i dah hantar semalam(khamis), mungkin lambat cket sampai. kami dah hantar semua.
aku: ok(damn!!)

jarak antara 2 ofis lawyer ni xsampai pn 5km. 1 kat Boulevard, 1 lg kat Bangsar. dekat kan. xkan tu pun pakai pos! pakai la mat dispatch, cpt sampai. geram plak aku weyy. tunggu isnin ni aku nk tgk apa plak alasan DGK ni. cis!!

Tunggu buah tak gugur




Tajuk je dah jelas dan nyata kan. apa maknenye?? ibarat tunggu sesuatu xdpt2. adoii..pening juga. kisah ni berkaitan dengan penantian pembelian rumah aku yang sulong. nak dijadikan cerita yang sulong ni lah yang mendatangkan masalah.

Pembelian sub-sale atau skunder utk unit Serdang Skyvillas merupakan titik tolak aku berjinak2 dalam dunia hartanah nie. Perjanjian SnP ditandatangani pada 13 March 2010, tapi sehingga sekarang belum selesai. dah berapa bulan bhaii...Tempoh untuk loan disburse ke akaun vendor dah expired sebanyak 2 kali. 25/8/2010 dan extension period beserta 8% late charges expired pada 25/11/2010. maknenye baru je beberapa minit expired kan. tension....mmg tension. brape dah aku kene charge?? byk beb...

Yang menjadikan rumit case aku ni, aku menggunakan 2 lawyer yang berbeza untuk SnP and loan agreement. ianya merupakan pengalaman yang amat berharga walaupun aku terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membayarnye(walaupn tak sepatutnye).

Hari ni bersamaan 26/11/2010, lawyer loan bank aku dah janji boleh advice case aku ke public bank. that mean aku dah hampir untuk melengkapkan urusan jual beli ni. if semuanya berjalan cantik, isnin depan, bank dah boleh process document aku. next 2 week, check dah boleh keluar, seterusnye disburse ke akaun vondor. hopefully Allah merahmati urusan aku ni. pagi2 ni nk kol lawyer untuk update. harap2nye berita gembira yg aku terima lah.

p/s: arini merayap ke Setia Alam. lawa bhaii umahnye. duitnye pn lawaaa.. :(