Showing posts with label seminar. Show all posts
Showing posts with label seminar. Show all posts

Friday, July 6, 2012

Penipuan Dalam Pembelian Rumah - Siri 2

Hi semua. Lama tak update. Maklum la aku ni bukan penulis/blogger tegar. Time mengarang pun terhegeh-hegeh aku nk susun ayat. Maklum la amatur. Ini adalah kesinambungan daripada post yang lepas. Sebenarnya ada juga solution walau pening macam mana pun masalah itu. Selepas consult dengan lawyer, lawyer memberikan jawapan seperti di bawah ni:

1. Buat perjanjian dengan owner ke-2(owner yang beli tetapi process pembelian belum selesai) dan bagi tempoh 5-6 bulan yang mana sepanjang tempoh tersebut tidak ada atau tidak boleh membuat penjualan dengan mana-mana buyer(selain buyer dalam cerita di sebelum ni) sehingga selesai S&P owner ke-2.
Keburukan: Proses pembelian jadi terlalu lama/panjang
2. Atau, buat S&P terus dengan owner pertama tanpa melibatkan nama owner ke-2. Contohnye owner pertama nak jual kepada owner ke-2 pada harga RM70k, dan owner ke-2 nak jual kepada new buyer pada harga RM100k maka new buyer kene bayar lebihan RM30k kepada owner ke-2 selepas selesainya S&P.
Kebaikan: Tanpa melibatkan owner ke-2, kurangkan kos guaman.


Namun, rujukan seterusnya kepada lawyer lain pula lain halnya. lawyer yang saya gunakan ni pula mengatakan jika owner ke-2 tidak gunakan PA(Power of Attorney), process S&P berjalan seperti biasa. Ini bermakna, tidak boleh gunakan langkah ke-2 di atas. Terpaksa gunakan juga langkah 1 bermakna terpaksa tunggu juga sehingga selesai S&P owner ke-2 kemudian barulah process S&P owner buyer baru boleh berjalan. Masalah telah selesai, hanya masa yang diambil je akan bertambah panjang/lama.


Rumit bukan process pembelian rumah ni. Aku pun belum arif 100% malah 50% pun belum tentu lagi. Ilmu tentang hartanah baru seciput.


Terima Kasih

Wednesday, June 20, 2012

Penipuan Dalam Pembelian Rumah - Siri 1

Soalan KHH:

Assalammualaikum, Semua KAMI.. nak minta pandangan n pendapat… saya dah close rumah xxx kat sungai chua, kajang dengan harga RM86k MV RM120K dgn agen (uncle jimmy) dah bagi deposit RM1K (21 hb june ni sebulan dari tarikh LOI). Saya dah hantar permohonan kat CIMB, bank nak kan S&P (SPA). Kiranya saya akan beli rumah tu kat Owner kedua. Uncle Jimmy tu macam tak nak bagi S&P je macam2 dia dolak dalih n dia ada bagi S&P yg dia buat sendiri siap ada nama saya lagi.. saya cakap dengan dia bank nak yang salinan ori S&P owner, pastu dia bagi S&P owner kedua tu rupa-rupanya Owner kedua tu baru beli rumah n S&P dia belum mati stemp (Stempping) lagi.. bank nak kan S&P yang dah stamping.. dan baru tadi saya telefon lawyer owner kedua tu nak tahu sama ada betul atau tidak S&P tu dalam proses.. Lawyer ANGELA LOW & JOAN CHONG.. dia kata memang betul owner tu baru beli dalam sebulan n belum tandatangan S&P tu. Dan dia kate boleh beli rumah tu.. tapi kena guna lawyer dia, senang nak proses katenye.. saya Tanya kalau saya nak guna lawyer saya boleh tak? Dia kata susah sikitlah sebab lawyer saya tak tau apa masalah yang dihadapi oleh owner kedua tu… dan mungkin lambat proses… macam mana ya??

 Haaa...Agak-agak korang la. Ada solution ke utk persoalan kt atas ni. Ni lah antara beribu-ribu kes penipuan di dalam pembelian hartanah di Malaysia. Negara luar tak pastilah kan. Walau macam mana pun jenis penipuan/masalah, tetap ada jalan dan caranya. Macam mana tu? Inilah kelebihan apabila kita berilmu. Dengan ilmu jugalah kita dapat elakkan diri kita dari kerugian beribu-ribu ringgit.


Di Seminar Hartanah inilah aku memperolehi ilmu tersebut. Ingat! Beli rumah/hartanah bukannya murah. Ianya melibatkan ribuan malah beratus ribu ringgit. Itu baru deposit, belum jumlah pinjaman perumahan tu sendiri yang mammpu mencecah jutaan ringgit. Jawapannya akan diberikan pada post akan datang.

Terima Kasih

nota: sambungan siri 2 klik sini