Wednesday, July 18, 2012

Refinance - Soalan & Jawapan


Ada seorang teman bertanya saya berkenaa soalan refinance rumah. Soalannya seperti berikut:

Puan Esah mempunyai sebuah rumah apartment. Manakala suami beliau Encik Kassim belum memiliki rumah. Encik Kassim berhasrat refinance rumah isterinya, Puan Esah ke atas nama En Kassim. Adakah ini dibolehkan?

Jawapan:
Konsep refinance ada dua iaitu untuk mendapatkan wang lebih atau mengurangkan komitmen bulanan. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan wang lebih, boleh la refinance rumah anda kepada Market Value (MV). Sebagai contoh, jika baki hutang rumah korang di bank tinggal RM60 ribu manakala MV rumah tersebut adalah RM100 ribu, maka korang katakan pada pihak bank supaya refinance rumah kepada MV semasa iaitu RM100 ribu. Ini bermakna bank B(bank baru yang nak buat refinance) perlu menyerahkan wang RM100 ribu kepada lawyer yang kita lantik sebelum lawyer tersebut akan menyerahakan baki hutang anda berjumlah RM60 ribu kepada bank A(bank yang anda buat loan rumah tersebut). Maka baki RM40 ribu tersebut akan diserahkan kepada anda oleh lawyer setelah proses refinance selesai. Seterusnya anda berhutang pula dengan bank B dengan jumlah baru iaitu RM100 ribu. Ini bermakna bulanan anda semakin tinggi atau tempoh pembayaran balik menjadi panjang.


Konsep kedua pula bertujuan untuk mengurangkan komitmen bulanan. Katakan sewaktu anda membeli rumah tersebut dengan harga RM100 ribu dan BLR ketika itu 6.50% manakala bank A memberikan pakej BLR -1.80 untuk tempoh 30 tahun. Seterusnya pinjaman menjadi RM90 ribu selepas membayar 10% wang pendahuluan. Ini bermakna komitmen bulanan anda adalah sekitar RM466.

Selepas beberapa tahun, pinjaman anda semakin berkurangan dan yang menariknya BLR semasa turut berkurangan. Katakanlah pinjaman anda berbaki RM60 ribu dan BLR semasa 6.00%. Kemudian anda berjumpa bank B yang menawarkan BLR -1.80 juga untuk tempoh 30 tahun. Ini bermakna jika anda refinance rumah anda kepada bank B, komitmen bulanan anda adalah sekitar RM293 sahaja. Ini bermakna anda telah jimat sebanyak RM173 setiap bulan. Menarik bukan.

Untuk menjawab soalan di atas, jawapannya adalah TIDAK BOLEH. Kerana refinance bermaksud pembiayaan semula. Bila seseorang hendak refinance rumah, hanya penama asal di dalam perjanjian jual beli (S&P) sahaja dibolehkan. Di dalam kes ini cara terbaik jika hendak bertukar pemilik atau penama adalah dengan cara menjualkan rumah tersebut kepada En Kassim. Walaupun mempunyai hubungan rapat seperti suami, isteri, adik beradik, ibu & bapa, dsbg ianya tidak boleh. Jika Puan Esah hendak jual rumah tersebut kepada En Kassim, boleh juga ambil kira teknik di atas. Terpulang kepada kedudukan kewangan masing-masing.


Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan komen anda :)