Wednesday, November 30, 2011

Bila?

Tajuknye terlalu general kan :p Tapi soalan tu lah yang kerap bermain di benak setiap orang di Malaysia ni malah dunia ni! Bila? Bila korang patut beli rumah? adakah bila duit korang cukup? adakah bila hutang korang langsai? adakah selepas kahwin? adakah selepas anak sorang? lepas property bubble meletup? tunggu BLR turun?

Jawapannya cukup ringkas. BILA-BILA MASA je. jangan tunggu-tunggu lagi. kalau masih menunggu maknanya kita belum bersedia. maknanya kita belum mempunyai cukup ilmu dalam hartanah.

Ada banyak blog, website, buku, etc menceritakan berkenaan hal ehwal semasa hartanah. Sumber percuma boleh didapati di laman-laman blog, website di luar sana(dan juga blog ni hehe). Namun sejauh mana keberkesanan ilmu percuma tersebut untuk dipraktikkan secara amali. Sudahkah anda membaca keseluruhan process pembelian rumah/hartanah daripada mana-mana laman blog/website lantas membeli hartanah yang pertama tanpa sebarang masalah? daripada 10 mungkin hanya ada 1 sahaja. Ini kerana kurang ilmu berkaitan hartanah.

Oleh itu, jika anda berminat untuk memiliki hartanah yang pertama khususnya, tuntutlah ilmu berkaitan dengan hartanah untuk mengelakkan anda kerugian. Harus diingat, harga hartanah bukan sekadar ratusan ringgit tetapi menjangkau angka puluhan dan ratusan ribu ringgit. Adakah anda bersedia utk kehilangan simpanan yang sekian lama anda simpan? fikir-fikirkan...


Enjoice!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan komen anda :)