Wednesday, November 23, 2011

Pelaburan seterusnya

Post yang lepas menceritakan pasal kes rumah pertama aku yang sudah selesai. Macam biasa la selaku landlord ada berbagai-bagai dugaan yang kene hadapi. Antaranya leaking di bilik air. Kalo sebelum ni pernah leaking tapi selamat dibaiki dan kos ditanggung oleh unit rumah di tingkat atas. Kali nie, tenant aku kata agak teruk. kedua-dua bilik air leaking. Report dah dibuat di ofis maintenance dan insyaAllah tindakan akan diambil bilamana diorang dapat contact owner or tenant unit yang bocor tu.

Aku sebenarnya nak bercerita pasal pelaburan yang seterusnya. Bukan pasal rumah aku yang leaking tu. Pelaburan seterunya ni ada kaitan lepas aku attend satu seminar berkisar pelaburan hartanah. Aku meneruskan langkah pelaburan dengan pembelian rumah yang ke-2. Kali ni berbeza sedikit dengan pembelian yang lepas di mana aku mengeluarkan sekitar RM15,000 sepanjang proses pembelian rumah tu. Kali ni strategy adalah "Pembelian Tanpa Modal". Ahha..mcm mana tu?? hehe :)

Alhamdulillah di atas kertas aku akan generate cash sebanyak RM12,200 dalam pembelian rumah ke-2 ni. Pelik bukan hehe. Sepatutnya orang beli rumah kene keluar duit. tapi aku pulak terbalik. Beli rumah tapi dapat duit. Dah macam sistem MLM plak dah haha. Tapi jangan risau pasal ni semua takde kaitan walau sekelumit najis MLM skalipun. Kalau nak tahu lebih lanjut sila klik puas-puas link di bawah ni.


Anda semua dah klik? Dah puas klik? Dah puas baca? Ada soalan? Banyak soalan? Anda berada di landasan yang betul untuk merungkai segala persoalan yang aku ceritakan di atas. Selama ni pemikiran aku sangat singkat. Aku fikir, melalui pembacaan di internet, journal, blog, paper, magazine, etc sudah cukup untuk meluaskan pelaburan kita. Jika anda semua di luar sana beranggapan macam tu juga memang silap.

Aku dah melakukan kesilapan sewaktu pembelian rumah pertama aku. Bermacam-macam dugaan dan halangan yang aku hadapi dalam proses pembelian rumah pertama. Namun aku sedar dan belajar dari kesilapan. Mungkin dengan wang RM15,000 yang aku miliki tu digunakan untuk melabur di dalam menuntut ilmu dulu mungkin perjalanan pelaburan aku kini berbeza. Pada usia yang belum menjangkau 30-an aku masih bersyukur mampu sedar akan kekurangan aku dalam ilmu hartanah.

Serba sedikit perjalanan pembelian rumah ke-2 aku ni. Loan dah approved dan Letter Offer dah keluar cuma pegawai bank tu tengah tunggu bos die sign sebelum serahkan pada aku. Proses sekarang agak slow jugak. Aku harap minggu ni dapat LO dan boleh la aku proceed serahkan copy LO tu kepada lawyer aku untuk urusan draft S&P. Mudah-mudahan urusan kali ni berjalan lancar tanpa masalah. Maklum la rencananya nak gunakan duit yang aku dapat dari pembelian rumah ke-2 ni untuk perbelanjaan kahwin. InsyaAllah dipermudahkan..Amiiinn...

Enjoice!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih dengan komen anda :)