Soalan KHH:
Assalammualaikum, Semua KAMI.. nak minta pandangan n pendapat… saya dah close rumah xxx kat sungai chua, kajang dengan harga RM86k MV RM120K dgn agen (uncle jimmy) dah bagi deposit RM1K (21 hb june ni sebulan dari tarikh LOI). Saya dah hantar permohonan kat CIMB, bank nak kan S&P (SPA). Kiranya saya akan beli rumah tu kat Owner kedua. Uncle Jimmy tu macam tak nak bagi S&P je macam2 dia dolak dalih n dia ada bagi S&P yg dia buat sendiri siap ada nama saya lagi.. saya cakap dengan dia bank nak yang salinan ori S&P owner, pastu dia bagi S&P owner kedua tu rupa-rupanya Owner kedua tu baru beli rumah n S&P dia belum mati stemp (Stempping) lagi.. bank nak kan S&P yang dah stamping.. dan baru tadi saya telefon lawyer owner kedua tu nak tahu sama ada betul atau tidak S&P tu dalam proses.. Lawyer ANGELA LOW & JOAN CHONG.. dia kata memang betul owner tu baru beli dalam sebulan n belum tandatangan S&P tu. Dan dia kate boleh beli rumah tu.. tapi kena guna lawyer dia, senang nak proses katenye.. saya Tanya kalau saya nak guna lawyer saya boleh tak? Dia kata susah sikitlah sebab lawyer saya tak tau apa masalah yang dihadapi oleh owner kedua tu… dan mungkin lambat proses… macam mana ya??
Haaa...Agak-agak korang la. Ada solution ke utk persoalan kt atas ni. Ni lah antara beribu-ribu kes penipuan di dalam pembelian hartanah di Malaysia. Negara luar tak pastilah kan. Walau macam mana pun jenis penipuan/masalah, tetap ada jalan dan caranya. Macam mana tu? Inilah kelebihan apabila kita berilmu. Dengan ilmu jugalah kita dapat elakkan diri kita dari kerugian beribu-ribu ringgit.
Di Seminar Hartanah inilah aku memperolehi ilmu tersebut. Ingat! Beli rumah/hartanah bukannya murah. Ianya melibatkan ribuan malah beratus ribu ringgit. Itu baru deposit, belum jumlah pinjaman perumahan tu sendiri yang mammpu mencecah jutaan ringgit. Jawapannya akan diberikan pada post akan datang.
Terima Kasih
nota: sambungan siri 2 klik sini
Wednesday, June 20, 2012
Monday, February 6, 2012
Perkara yang sedang berlaku sekitar 2012
Bilik air rumah di Skyvilla bocor. Nak kene contact owner rumah atas tapi sampai skrg belum berjaya dihubungi. Ni la masalahnye bila owner tak ambil peduli hal ehwal rumah mereka. Ini sekaligus merugikan owner kerana dengan cara ini mereka tiada kuasa untuk menyelaras kadar sewa semasa. Tiada alasan yang paling kukuh untuk menaikkan kadar sewa melainkan memberikan service yang terbaik. Perjanjian sewaan akan berakhir pada April 2012 dan bercadang untuk menaikkan kadar sewa dari RM700 sebulan kepada RM750 atau RM800 sebulan. Sekaligus dapat memperbaiki kadar ROI kepada lebih daripada 8% jika adanya kenaikan RM50 atau RM100.

Progress rumah ke-2 agak perlahan. Lawyer pn susah nak dihubungi. Nak kene update jugak sebab nak buat pengeluaran KWSP. KWSP memberikan deviden 5.8% bagi tahun berakhir 2011, sedangkan Tabung Haji, Public Mutual, ASB, dan lain-lain instrument menjanjikan 6% atau lebih. Kita boleh membuat pengeluaran Akaun 1 dan memindahkannya ke instrument yang kita kehendaki seperti Public Mutual, Amanah Saham, etc. Mulakan langkah bijak anda kerana instrument selain daripada KWSP mampu memberikan dividen yang lebih tinggi. Perlu diingat wang pelaburan tersebut tidak boleh diusik kerana jika anda menjualnya semula secara automatik wang tersebut akan dimasukkan semula ke dalam Akaun 1 termasuk dividennya skali. Tetapi jika anda membuat pengeluaran untuk Akaun 2, wang tersebut boleh dimanipulasi. Ini akan dibincangkan di dalam post yang akan datang.
Rancang masa depan anda mulai sekarang. Tuntut ilmu mulai sekarang.
Progress rumah ke-2 agak perlahan. Lawyer pn susah nak dihubungi. Nak kene update jugak sebab nak buat pengeluaran KWSP. KWSP memberikan deviden 5.8% bagi tahun berakhir 2011, sedangkan Tabung Haji, Public Mutual, ASB, dan lain-lain instrument menjanjikan 6% atau lebih. Kita boleh membuat pengeluaran Akaun 1 dan memindahkannya ke instrument yang kita kehendaki seperti Public Mutual, Amanah Saham, etc. Mulakan langkah bijak anda kerana instrument selain daripada KWSP mampu memberikan dividen yang lebih tinggi. Perlu diingat wang pelaburan tersebut tidak boleh diusik kerana jika anda menjualnya semula secara automatik wang tersebut akan dimasukkan semula ke dalam Akaun 1 termasuk dividennya skali. Tetapi jika anda membuat pengeluaran untuk Akaun 2, wang tersebut boleh dimanipulasi. Ini akan dibincangkan di dalam post yang akan datang.
Rancang masa depan anda mulai sekarang. Tuntut ilmu mulai sekarang.
Monday, January 9, 2012
2012, 1433H & Azam
Selamat menyambut tahun baru 2012 dan 1433H! Setiap orang mesti ada azam yang baru, niat yang baru setiap kali muncul tahun baru. Tak kira la tahun Hijriah ataupun Masehi, pasti ada azam baru yang diniatkan. Azam pada aku agak penting juga untuk mensasarkan goal kita pada masa akan datang. Bila dihujung tahun, kita revise balik azam kita tu tercapai atau tak.
Bagi mencapai matlamat pendapatan pasif, aku dah pun sasarkan matlamat aku untuk tahun 2012/1433H ni. hopefully azam aku ni tercapai la hendaknya.
1. Membeli 3 buah rumah/apartment.
2. Melabur di dalam CPO.
3. Menjana pendapatan daripada eBay.
Untuk menjana pendapatan daripada azam yang aku nk capai di atas, kita perlukan ilmu. Tanpa ilmu, sasaran kita pasti akan tersasar jauh. Untuk azam yang pertama aku dah pun menghadiri 1 sesi seminar hartanah anjuran tuanbri.com. Pengisiannya dan rancangan membeli rumah tanpa cengkeram terbukti berkesan. Malah dapat cash pula! aku tengah tunggu process urusan jual beli selesai sebelum menerima sejumlah cash atas pembelian rumah. YA! Jangan tak percaya. Beli rumah dapat TUNAI. Ini bukan skim MLM atau skim cepat kaya ya.
Untuk azam ke-2 aku belum join mana-mana seminar di atas kekangan kewangan. Maklum la nak kawin kan, so banyak la duit nak pakai. InsyaAllah..lepas kawin aku akan restructure balik semua plan ke arah pendapatan pasif aku ni. Tapi ada belajar la cket2 selok belok pelaburan ni. High risk, high return. So, kene la buat research dulu.
Untuk azam yang ke-3 aku dah pun menghadiri seminar anjuran Najib Asadok. Aku mengenali beliau sewaktu beliau menghadiri seminar hartanah anjuran tuanbri.com yang aku sebutkan di atas. Ya! Beliau yang telah sukses di dalam eBay juga menyertai seminar hartanah ni. Beliau juga seperti aku, sedang menunggu proses pembelian rumah beliau selesai lantas mendapat TUNAI. Ya, dapat rumah dan juga tunai. kemudian rumah disewakan mendapat pendapatan pasif pula. Indah bukan :)
Mudah-mudahan segala rancangan aku berjalan dengan lancar. Apa yang baik datang dari Allah SWT, dan yang buruk dari aku sendiri. Mudah-mudahan urusan aku diberkati dan berjaya. InsyaAllah...
Enjoice!
Wednesday, November 30, 2011
Bila?
Tajuknye terlalu general kan :p Tapi soalan tu lah yang kerap bermain di benak setiap orang di Malaysia ni malah dunia ni! Bila? Bila korang patut beli rumah? adakah bila duit korang cukup? adakah bila hutang korang langsai? adakah selepas kahwin? adakah selepas anak sorang? lepas property bubble meletup? tunggu BLR turun?

Jawapannya cukup ringkas. BILA-BILA MASA je. jangan tunggu-tunggu lagi. kalau masih menunggu maknanya kita belum bersedia. maknanya kita belum mempunyai cukup ilmu dalam hartanah.
Jawapannya cukup ringkas. BILA-BILA MASA je. jangan tunggu-tunggu lagi. kalau masih menunggu maknanya kita belum bersedia. maknanya kita belum mempunyai cukup ilmu dalam hartanah.
Ada banyak blog, website, buku, etc menceritakan berkenaan hal ehwal semasa hartanah. Sumber percuma boleh didapati di laman-laman blog, website di luar sana(dan juga blog ni hehe). Namun sejauh mana keberkesanan ilmu percuma tersebut untuk dipraktikkan secara amali. Sudahkah anda membaca keseluruhan process pembelian rumah/hartanah daripada mana-mana laman blog/website lantas membeli hartanah yang pertama tanpa sebarang masalah? daripada 10 mungkin hanya ada 1 sahaja. Ini kerana kurang ilmu berkaitan hartanah.
Oleh itu, jika anda berminat untuk memiliki hartanah yang pertama khususnya, tuntutlah ilmu berkaitan dengan hartanah untuk mengelakkan anda kerugian. Harus diingat, harga hartanah bukan sekadar ratusan ringgit tetapi menjangkau angka puluhan dan ratusan ribu ringgit. Adakah anda bersedia utk kehilangan simpanan yang sekian lama anda simpan? fikir-fikirkan...
Enjoice!
Saturday, November 26, 2011
Berita baik
Sembang-sembang dengan lawyer, rupenya die join seminar yang aku bagitau pada entry yang lepas. Alhamdulillah bertambah komuniti Kelab Hartawan Hartanah (KHH). Dengan bertambahnya ahli yang terdiri dari individu-individu professional seperti lawyer, engineer, doctor, pilot, etc dapat mengukuhkan faundation KHH. Moga suatu hari nanti usaha KHH dalam memecahkan monopoly perniagaan hartanah di Malaysia yang dikuasai bangsa asing terlaksana.
Salam!
Wednesday, November 23, 2011
Pelaburan seterusnya
Post yang lepas menceritakan pasal kes rumah pertama aku yang sudah selesai. Macam biasa la selaku landlord ada berbagai-bagai dugaan yang kene hadapi. Antaranya leaking di bilik air. Kalo sebelum ni pernah leaking tapi selamat dibaiki dan kos ditanggung oleh unit rumah di tingkat atas. Kali nie, tenant aku kata agak teruk. kedua-dua bilik air leaking. Report dah dibuat di ofis maintenance dan insyaAllah tindakan akan diambil bilamana diorang dapat contact owner or tenant unit yang bocor tu.
Aku sebenarnya nak bercerita pasal pelaburan yang seterusnya. Bukan pasal rumah aku yang leaking tu. Pelaburan seterunya ni ada kaitan lepas aku attend satu seminar berkisar pelaburan hartanah. Aku meneruskan langkah pelaburan dengan pembelian rumah yang ke-2. Kali ni berbeza sedikit dengan pembelian yang lepas di mana aku mengeluarkan sekitar RM15,000 sepanjang proses pembelian rumah tu. Kali ni strategy adalah "Pembelian Tanpa Modal". Ahha..mcm mana tu?? hehe :)
Alhamdulillah di atas kertas aku akan generate cash sebanyak RM12,200 dalam pembelian rumah ke-2 ni. Pelik bukan hehe. Sepatutnya orang beli rumah kene keluar duit. tapi aku pulak terbalik. Beli rumah tapi dapat duit. Dah macam sistem MLM plak dah haha. Tapi jangan risau pasal ni semua takde kaitan walau sekelumit najis MLM skalipun. Kalau nak tahu lebih lanjut sila klik puas-puas link di bawah ni.
Anda semua dah klik? Dah puas klik? Dah puas baca? Ada soalan? Banyak soalan? Anda berada di landasan yang betul untuk merungkai segala persoalan yang aku ceritakan di atas. Selama ni pemikiran aku sangat singkat. Aku fikir, melalui pembacaan di internet, journal, blog, paper, magazine, etc sudah cukup untuk meluaskan pelaburan kita. Jika anda semua di luar sana beranggapan macam tu juga memang silap.

Aku dah melakukan kesilapan sewaktu pembelian rumah pertama aku. Bermacam-macam dugaan dan halangan yang aku hadapi dalam proses pembelian rumah pertama. Namun aku sedar dan belajar dari kesilapan. Mungkin dengan wang RM15,000 yang aku miliki tu digunakan untuk melabur di dalam menuntut ilmu dulu mungkin perjalanan pelaburan aku kini berbeza. Pada usia yang belum menjangkau 30-an aku masih bersyukur mampu sedar akan kekurangan aku dalam ilmu hartanah.
Serba sedikit perjalanan pembelian rumah ke-2 aku ni. Loan dah approved dan Letter Offer dah keluar cuma pegawai bank tu tengah tunggu bos die sign sebelum serahkan pada aku. Proses sekarang agak slow jugak. Aku harap minggu ni dapat LO dan boleh la aku proceed serahkan copy LO tu kepada lawyer aku untuk urusan draft S&P. Mudah-mudahan urusan kali ni berjalan lancar tanpa masalah. Maklum la rencananya nak gunakan duit yang aku dapat dari pembelian rumah ke-2 ni untuk perbelanjaan kahwin. InsyaAllah dipermudahkan..Amiiinn...
Enjoice!
Sunday, July 24, 2011
Selesai
Hai...
Lama gila aku tak update blog ni. masuk hari nie dah bermakna dah 225 hari aku tak jenguk blog ni. haih..bersawang, bersarang tikus bagai dah ni. penat juga kan nk kemas kalau blog ni macam sebijik rumah.
Alhamdulillah..perkataan tu lebih tepat untuk menunjukkan tahap process pembelian rumah pertama aku. segala-galanya selesai pada Januari 2011. bermakna, it take more than 10 months to complete the transaction. huh..lama kan. boleh kata mimpi ngeri juga lah bila mana aku telah berhabis dalam lingkungan RM15k++ untuk pembelian rumah berharga RM110k. tu semua termasuk la skali dgn late charges 8% per annum yg aku terpaksa bayar dek kerana kelembapan dan ketidak profesionalan lawyer bank melakukan kerja.
Rumah tu selamat disewakan kepada 3 org pelajar yang masing² berasal dari Jordan, UAE dan Iraq. Alhamdulillah juga sewa yang dikenakan sebanyak RM700 sebulan tiada masalah untuk aku terima bulan² walaupun kadangkala lewat sehingga 10hb. aku tak kesah, janji korang bayar hehe..
Hasil daripada kutipan sewa, aku dapat sedikit excess. tak la banyak mana. ciput je..but again Alhamdulillah :) Yang perlu aku keluarkan adalah bank installment RM475, maintenance fee and sinking fund RM134.15. Dan dalam setahun aku berjaya kumpulkan lebihan sebanyak RM1,090.20. So lepas la aku nk bayar cukai taksiran sebanyak RM204 setahun serta deposit bil TNB sebanyak RM200. kan...aku pn tak tukar lagi penama bil TNB hehe :) Next time aku bercerita pasal seminar hartanah yang aku sertai dan juga yg bakal aku sertai.
Enjoice!
Lama gila aku tak update blog ni. masuk hari nie dah bermakna dah 225 hari aku tak jenguk blog ni. haih..bersawang, bersarang tikus bagai dah ni. penat juga kan nk kemas kalau blog ni macam sebijik rumah.
Rumah tu selamat disewakan kepada 3 org pelajar yang masing² berasal dari Jordan, UAE dan Iraq. Alhamdulillah juga sewa yang dikenakan sebanyak RM700 sebulan tiada masalah untuk aku terima bulan² walaupun kadangkala lewat sehingga 10hb. aku tak kesah, janji korang bayar hehe..
Hasil daripada kutipan sewa, aku dapat sedikit excess. tak la banyak mana. ciput je..but again Alhamdulillah :) Yang perlu aku keluarkan adalah bank installment RM475, maintenance fee and sinking fund RM134.15. Dan dalam setahun aku berjaya kumpulkan lebihan sebanyak RM1,090.20. So lepas la aku nk bayar cukai taksiran sebanyak RM204 setahun serta deposit bil TNB sebanyak RM200. kan...aku pn tak tukar lagi penama bil TNB hehe :) Next time aku bercerita pasal seminar hartanah yang aku sertai dan juga yg bakal aku sertai.
Enjoice!
Subscribe to:
Posts (Atom)