Showing posts with label Equine. Show all posts
Showing posts with label Equine. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Zeva @ Equine South





Terletak di kejiranan Taman Equine yang matang dan eksklusif, Zeva @ Equine South bakal meraih permintaan tinggi di kalangan pelabur hartanah mahupun pemilik individu dengan reka bentuk yang menarik dan praktikal dengan harga yang berpatutan.

Merentasi 1.5ha (3.71 ekar), pembinaan projek ini menawarkan peluang pelaburan yang tidak ternilai terutamanya untuk pembeli rumah yang pertama. Terdiri daripada unit kediaman, butik, Gourmet Boulevard(restoran) dan Sky Club, Zeva @ Equine South menjangkakan pendapatan kasar sekitar RM250 juta.

Location
Lokasi yang strategik di Taman Equine di Seri Kembangan, projek ini dibangunkan oleh Trinity Group Sdn. Bhd mudah dicapai melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Besraya (BESRAYA), Lebuhraya MEX (MEX) dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur akan lebih mudah dengan rancangan pembinaan Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya (SKIP) dan persimpangan bertingkat Lebuhraya MEX di Seri Kembangan. Diperhebatkan dengan adanya institusi pendidikan seperti Alice Smith International School, Limkokwing University of Creative Technology, Universiti Putra Malaysia (UPM), Multimedia Malaysia University (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang dapat dicapai kurang daripada 20 minit. Selain itu pusat komersial seperti Aeon Jusco, Putra Walk, Giant dan Pasar Borong sangat hampir dengan lokasi tapak projek.


Keluasan Binaan
Zeva @ Equine South menyediakan 766 unit kediaman. Pembeli diberikan pilihan unit dengan dua hingga tiga bilik tidur. Keluasan binaan adalah dari 82 sqm (881 sqft) hingga 143 sqm (1,536 sqf) manakala dari segi susun atur pelan, berbagai-bagai pilihan yang akan ditawarkan kepada pembeli.

12 unit kedai dibina dalam tiga hingga empat tingkat dimana setiap unit menghadap jalan utama dan memiliki lif individu setiap satu. Keluasan binaan pula merangkumi sais 530sqm (5,703sq ft) hingga 1,136sqm (12,230sq ft). Gourmet Boulevard pula terdiri daripada kedai makanan dan minuman, hiburan dan butik terkemuka. Tidak dilupakan, Sky Club terletak di atas bumbung unit kediaman dan merupakan satu-satunya konsep yang tidak ada di kawasan sekitarnya. Ianya terbuka kepada penduduk unit kediaman dan juga umum. Sky Club bakal menyediakan kemudahan moden termasuk internet berkelajuan tinggi (Unifi), perpustakaan termasuk kemudahan makanan dan minuman seperti "sky bar".


Kemudahan dan Keselesaan
Zeva @ Equine South bakal menyediakan sistem keselamatan yang optimum seperti kawalan pegawai keselamatan secara berkala, rakaman CCTV, kad akses di tempat letak kereta dan juga lif. Manakala kad akses pintar hanya membenarkan kenderaan berhenti di tempat yang disediakan sahaja, malah ianya dapat memisahkan tempat letak kenderaan pusat komersial dan kediaman penghuni. Apabila siap kelak, projek ini dapat memberikan kemudahan rekreasi yang komprehensif seperti kolam renang 50m berspesifikasi Olimpik, sauna, kafe dan bistro.




Untuk penghuni yang inginkan hiburan, turut disediakan ruang seperti tempat berbeku, dewan serba guna dan tempat berparti. Tidak dilupakan, kolam renang untuk kanak-kanak yang berhampiran dengan tempat permainan kanak-kanak. Seluruh kemudahan ini akan diserikan dengan ciri-ciri lanskap yang sesuai.


Pelancaran
Zeva @ Equine South telah dilancarkan pada 16 Jun 2012 dan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun akan datang. Sila layari web sesawang Zeva @ Equine South ini untuk maklumat lanjut. Disertakan juga peta tapak projek di bawah. (GPS:2.992885,101.676042)




Terima Kasih

Sunday, July 8, 2012

Susur Keluar Baru MEX Highway - Seri Kembangan


Persimpangan bertingkat Maju Expresway (MEX) di KM 16.5 yang mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dialami oleh lebih 68,000 penduduk Seri Kembangan & Taman Equine bakal siap pada 2015.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata persimpangan bertingkat di Seri Kembangan akan menelan belanja RM90 juta, dengan RM70 juta untuk kos pembinaan persimpangan tersebut manakala selebihnya untuk pembersihan tapak.
"Dengan persimpangan ini, penduduk di sini tidaklagi  perlu untuk memandu lebih daripada 10 km setiap hari ke Putrajaya untuk menggunakan lebuhraya ini." kata beliau selepas mengunjungi tapak projek tersebut.
Shaziman berkata pembinaan persimpangan ini sebenarnya dijadualkan pada tahun hadapan tetapi telah dipercepatkan selepas mendapat kebenaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mana memiliki sebahagian besar tanah yang diperlukan untuk projek ini.
Beliau menambah, tol yang dicadangkan untuk menghala dan dari arah Kuala Lumpur sebanyak RM2.20 tetapi tiada caj dikenakan bagi sesiapa yang memandu di antara Seri Kembangan & Putrajaya.
Rujukan: mynewshub

FitriSinan: Alhamdulillah..kesesakan lalu lintas di Equine Park atau Seri Kembangan dapat diatasi. Syukur sangat. Cerita nie dah terlalu lama menjadi bualan penduduk cini. Mungkin pilihan raya pun dah dekat, kerajaan pun terus percepatkan proses ni. Sbb kawasan ni DAP yang pegang, BN mesti nk tunjuk bahawa die mampu beri manfaat di kawasan yang bukan jajahan BN(aku yang bersangka buruk hehe). Papepun terima kasih yang terlibat. kami penduduk Equine Park atau Seri Kembangan sgt bersyukur.


Oleh kerana blog ni adalah blog berkaitan dengan hartanah, aku nk komen berkaitan dengan hartanah juga. Jika dulu masa aku mula-mula duduk sini sekitar tahun 2008/2009, harga rumah boleh dikatakan mampu milik lagi. Sebagai contohnye Vista Pinggiran ketika itu hanya sekitar RM100 ribu sahaja. Kini nilai semasa sekitar RM140 ribu hingga RM160 ribu. Untuk unit lelong pula pada ketika itu tidak lebih daripada RM100 ribu, namun kini Reserve Price sahaja sudah mencecah RM100-RM110 ribu. Dijangkakan pada 2015 dimana siapnya persimpangan bertingkat di sini, nilainya pasti mampu mencecah hingga RM170 - RM180 ribu. 


Tidak mustahil. Ini dapat dilihat dengan beberapa projek baru yang baru sahaja naik seperti ZEVA @ Equine South, 3ELEMENT @ Puchong South dsbg. Harga yang ditawarkan kini juga sudah mencecah RM300 ribu untuk 600-800 sqf. Untuk unit yang lebih besar seperti 1000++ sqf, ianya telah mencecah RM500 ribu!!


Namun begitu, bagi sesiapa yang ingin memiliki rumah jenis flat/apartment di Seri Kembangan, boleh berbuat demikian kerana masih banyak lagi apartment yang telah dibangunkan disini dan harganya masih berpatutan dan mampu milik seperti:
1. Apartment Ruselia - LC
2. Apartment Cemara - MC
3. Apartment Vista Pinggiran - MC
4. Apartment Putra Raya - LC
5. Apartment Sri Mas - MC
6. Apartment Impian
7. Apartment Putra Indah
8. Apartment Putra - LC
9. Apartment Mawar Jaya - LC
10. Apartment Kota Impian - LC
11. Apartment Jati - MC
12. Apartment Sri Indah - LC
13. Apartment Putra Permai - MC
14. Apartment Putra Ria - LC
15. Apartment Desaminium - MC
Note: LC - Low Cost, MC - Medium Cost

Terima Kasih