Thursday, January 10, 2013

Dokumen Yang Diperlukan Dalam Pembelian Rumah



Seperti sedia maklum Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan panduan baru yang lebih ketat dalam permohonan pinjaman, tidak kira apa jua jenis pinjaman terutamanya pinjaman perumahan, kenderaan, pembiyaan peribadi malah kredit kad juga. Artikel ini menceritakan apa dokumen yang diperlukan untuk memohon pinjaman perumahan.

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Penyatan KWSP Terkini
3. Penyata Bank Simpanan (dimana wang gaji masuk)
4. Penyata Gaji
5. Pengesahan Majikan

Perlu diingatkan disini, semua 5 dokumen di atas amat-amat DIPERLUKAN. Bila semua dokumen di atas dapat disediakan dan diserahkan sekali dalam satu masa kepada pegawai bank, insyaAllah mudah urusan permohonan tu nanti. Kita pun dapat jimat masa. Takde la asik berulang alik ke bank sebab dokumen tak lengkap. Dan pegawai pun senang nk berurusan dengan kita.

Wednesday, July 18, 2012

Refinance - Soalan & Jawapan


Ada seorang teman bertanya saya berkenaa soalan refinance rumah. Soalannya seperti berikut:

Puan Esah mempunyai sebuah rumah apartment. Manakala suami beliau Encik Kassim belum memiliki rumah. Encik Kassim berhasrat refinance rumah isterinya, Puan Esah ke atas nama En Kassim. Adakah ini dibolehkan?

Jawapan:
Konsep refinance ada dua iaitu untuk mendapatkan wang lebih atau mengurangkan komitmen bulanan. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan wang lebih, boleh la refinance rumah anda kepada Market Value (MV). Sebagai contoh, jika baki hutang rumah korang di bank tinggal RM60 ribu manakala MV rumah tersebut adalah RM100 ribu, maka korang katakan pada pihak bank supaya refinance rumah kepada MV semasa iaitu RM100 ribu. Ini bermakna bank B(bank baru yang nak buat refinance) perlu menyerahkan wang RM100 ribu kepada lawyer yang kita lantik sebelum lawyer tersebut akan menyerahakan baki hutang anda berjumlah RM60 ribu kepada bank A(bank yang anda buat loan rumah tersebut). Maka baki RM40 ribu tersebut akan diserahkan kepada anda oleh lawyer setelah proses refinance selesai. Seterusnya anda berhutang pula dengan bank B dengan jumlah baru iaitu RM100 ribu. Ini bermakna bulanan anda semakin tinggi atau tempoh pembayaran balik menjadi panjang.


Konsep kedua pula bertujuan untuk mengurangkan komitmen bulanan. Katakan sewaktu anda membeli rumah tersebut dengan harga RM100 ribu dan BLR ketika itu 6.50% manakala bank A memberikan pakej BLR -1.80 untuk tempoh 30 tahun. Seterusnya pinjaman menjadi RM90 ribu selepas membayar 10% wang pendahuluan. Ini bermakna komitmen bulanan anda adalah sekitar RM466.

Selepas beberapa tahun, pinjaman anda semakin berkurangan dan yang menariknya BLR semasa turut berkurangan. Katakanlah pinjaman anda berbaki RM60 ribu dan BLR semasa 6.00%. Kemudian anda berjumpa bank B yang menawarkan BLR -1.80 juga untuk tempoh 30 tahun. Ini bermakna jika anda refinance rumah anda kepada bank B, komitmen bulanan anda adalah sekitar RM293 sahaja. Ini bermakna anda telah jimat sebanyak RM173 setiap bulan. Menarik bukan.

Untuk menjawab soalan di atas, jawapannya adalah TIDAK BOLEH. Kerana refinance bermaksud pembiayaan semula. Bila seseorang hendak refinance rumah, hanya penama asal di dalam perjanjian jual beli (S&P) sahaja dibolehkan. Di dalam kes ini cara terbaik jika hendak bertukar pemilik atau penama adalah dengan cara menjualkan rumah tersebut kepada En Kassim. Walaupun mempunyai hubungan rapat seperti suami, isteri, adik beradik, ibu & bapa, dsbg ianya tidak boleh. Jika Puan Esah hendak jual rumah tersebut kepada En Kassim, boleh juga ambil kira teknik di atas. Terpulang kepada kedudukan kewangan masing-masing.


Terima Kasih

Monday, July 16, 2012

Laburkan Akaun 2 KWSP Anda - Siri 2


Post kali ini adalah kesinambungan daripada post di sini. Seperti yang sedia maklum, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwajibkan bagi setiap warganegara Malaysia yang bekerja di negara ini sehingga selagi mereka bekerja. Namun pencarum boleh mengeluarkan wang caruman mereka dengan syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak KWSP. Tahukah anda wang caruman anda semua akan dilaburkan semula oleh pihak KWSP dan pencarum akan menikmati dividen yang akan diagihkan kepada setiap ahli setiap tahun. Berikut adalah sejarah dividen yang telah dinikmati oleh pencarum KWSP pada masa-masa lepas yang mana akaun berakhir tahun 2011 mencatat mata tertinggi dalam sejarah iaitu 6.00%.


Year
Per Annum
 1952 - 1959
2.50
 1960 - 1962
4.00
 1963
5.00
 1964
5.25
 1965 - 1967
5.50
 1968 - 1970
5.75
 1971
5.80
 1972 - 1973
5.85
 1974 - 1975
6.60
 1976 - 1978
7.00
 1979
7.25
 1980 - 1982
8.00
 1983 - 1987
8.50
 1988 - 1994
8.00
 1995
7.50
 1996
7.70
 1997 - 1998
6.70
 1999
6.84
 2000
6.00
 2001
5.00
 2002
4.25
 2003
4.50
 2004
4.75
 2005
5.00
 2006
5.15
 2007
5.80
 2008
4.50
 2009
5.65
 2010
5.80
 20116.00


Namun yang demikian anda mempunyai pilihan untuk memaksimakan simpanan/keuntungan simpanan anda dengan mengeluarkan sedikit wang KWSP anda dan laburkan ke dalam pelaburan yang lain seperti hartanah, ASN & ASB, Public Mutual dsbg. Untuk Akaun 1, ia telah dibenarkan oleh KWSP untuk dikeluarkan sedikit dan dilaburkan ke dalam pelaburan lain seperti ASN & ASB, Public Mutual dan seumpamanya. Sila rujuk website KWSP untuk lebih lanjut.

Tetapi bagaimana dengan Akaun 2? Boleh ke dikeluarkan untuk dilaburkan di tempat lain? Jawapannya adalah boleh tetapi salah. Di sini saya ingin menekankan bahawa saya tidak akan bertanggung jawab sekiranya anda didapati bersalah menggunakan teknik yang saya ceritakan di sini. Segala risiko adalah tanggung jawab anda sendiri.


Ya benar Akaun 2 boleh dikeluarkan dengan syarat anda BELI RUMAH DAHULU. Anda boleh mengeluarkan wang KWSP sebagai pembayaran rumah anda. Tetapi anda boleh memanipulasi wang tersebut kerana pihak KWSP akan membayar wang anda terus ke akaun simpanan anda. Bukan kepada lawyer, developer, penjual dsbg yang bersangkut paut dengan urusan jual beli rumah. Wang tersebut hanya boleh dikeluarkan selepas proses jual beli selesai. Ini bermakna selepas anda mendapat perjanjian jual beli (S&P) yang telah dimati setem oleh LHDN. Semoga berjaya dan jangan kelabu mata tengok duit yang banyak ye.


Terima Kasih

Friday, July 13, 2012

Laburkan Akaun 2 KWSP Anda - Siri 1

Pada post yang lepas aku bercerita tentang pengeluaran duit KWSP kita untuk dilaburkan ke dalam instrument lain yang menjanjikan pulangan lebih tinggi. Mungkin ramai tertanya-tanya macam mana nak keluarkan KWSP Akaun 2 untuk dilaburkan ke dalam instrument lain. Akaun 1 boleh lah nak keluarkan utk dilaburkan di Public Mutual ke atau instrument lain yang dibolehkan oleh pihak KWSP.



Ahha!..jawapannya mudah je tapi ada syaratnya. Syaratnya korang KENE BELI RUMAH dulu. Sebab apa kene beli rumah dulu? Tak boleh ke keluarkan dulu baru beli rumah? Tak boleh ke terus keluarkan dan bagitau KWSP kita nak laburkan duit tu?

Jawapan akan dibincangkan di dalam post akan datang.

Terima Kasih

Wednesday, July 11, 2012

Halal Haram Pelaburan Emas & Perak - Siri 1


Pada masa kini kita dapat lihat ramai orang berpusu dan bercerita tentang kehebatan pelaburan Emas & Perak tidak kira sama ada fizikal atau buku simpanan. Saya juga turut terkena tempiasnya dan berjaya memiliki 1/4 Oz emas fizikal bergred 999.9. Namun sebagai orang Islam, kita harus memikirkan pelaburan/simpanan ini sebagai seorang Islam juga. Jangan la cakap "Aiman tak kisah". Kita kene kisah kerana itulah yang membezakan orang Islam dengan orang bukan Islam.

Bercerita mengenai emas fizikal, ada bermacam-macam jenis emas fizikal di luar sana yang boleh diperolehi dengan mudah dari pelbagai syarikat. Ianya terlalu banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan seperti Public Gold, Sri Ayu, GCP, dsbg. Tak lupa juga bank-bank tempatan seperti Maybank, KFH & UOB yang menawarkan pemilikan emas fizikal. Syarat pemilikan emas fizikal yang digariskan oleh Islam sangat mudah iaitu: pembelian secara tunai, emas diterima serta merta(tiada penangguhan, emas berada di dalam simpanan penjual).

Tapi bagaimana pula dengan emas dalam bentuk buku simpanan yang ditawarkan oleh bank-bank seperti Maybank, Public Bank dan juga KFH? Halalkah? Haramkah? Baru-baru ini juga Maybank telah menawarkan pelaburan perak dalam bentuk buku simpanan. Klik sini dan sini. Buat masa ini, hanya Maybank yang menawarkan pelaburan emas dan perak dalam bentuk buku simpanan. Saya akan ceritakan lebih lanjut pada post akan datang. Tunggu ya :)

Terima Kasih.

Monday, July 9, 2012

Zeva @ Equine South





Terletak di kejiranan Taman Equine yang matang dan eksklusif, Zeva @ Equine South bakal meraih permintaan tinggi di kalangan pelabur hartanah mahupun pemilik individu dengan reka bentuk yang menarik dan praktikal dengan harga yang berpatutan.

Merentasi 1.5ha (3.71 ekar), pembinaan projek ini menawarkan peluang pelaburan yang tidak ternilai terutamanya untuk pembeli rumah yang pertama. Terdiri daripada unit kediaman, butik, Gourmet Boulevard(restoran) dan Sky Club, Zeva @ Equine South menjangkakan pendapatan kasar sekitar RM250 juta.

Location
Lokasi yang strategik di Taman Equine di Seri Kembangan, projek ini dibangunkan oleh Trinity Group Sdn. Bhd mudah dicapai melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Besraya (BESRAYA), Lebuhraya MEX (MEX) dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur akan lebih mudah dengan rancangan pembinaan Lebuhraya Serdang-Kinrara-Putrajaya (SKIP) dan persimpangan bertingkat Lebuhraya MEX di Seri Kembangan. Diperhebatkan dengan adanya institusi pendidikan seperti Alice Smith International School, Limkokwing University of Creative Technology, Universiti Putra Malaysia (UPM), Multimedia Malaysia University (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang dapat dicapai kurang daripada 20 minit. Selain itu pusat komersial seperti Aeon Jusco, Putra Walk, Giant dan Pasar Borong sangat hampir dengan lokasi tapak projek.


Keluasan Binaan
Zeva @ Equine South menyediakan 766 unit kediaman. Pembeli diberikan pilihan unit dengan dua hingga tiga bilik tidur. Keluasan binaan adalah dari 82 sqm (881 sqft) hingga 143 sqm (1,536 sqf) manakala dari segi susun atur pelan, berbagai-bagai pilihan yang akan ditawarkan kepada pembeli.

12 unit kedai dibina dalam tiga hingga empat tingkat dimana setiap unit menghadap jalan utama dan memiliki lif individu setiap satu. Keluasan binaan pula merangkumi sais 530sqm (5,703sq ft) hingga 1,136sqm (12,230sq ft). Gourmet Boulevard pula terdiri daripada kedai makanan dan minuman, hiburan dan butik terkemuka. Tidak dilupakan, Sky Club terletak di atas bumbung unit kediaman dan merupakan satu-satunya konsep yang tidak ada di kawasan sekitarnya. Ianya terbuka kepada penduduk unit kediaman dan juga umum. Sky Club bakal menyediakan kemudahan moden termasuk internet berkelajuan tinggi (Unifi), perpustakaan termasuk kemudahan makanan dan minuman seperti "sky bar".


Kemudahan dan Keselesaan
Zeva @ Equine South bakal menyediakan sistem keselamatan yang optimum seperti kawalan pegawai keselamatan secara berkala, rakaman CCTV, kad akses di tempat letak kereta dan juga lif. Manakala kad akses pintar hanya membenarkan kenderaan berhenti di tempat yang disediakan sahaja, malah ianya dapat memisahkan tempat letak kenderaan pusat komersial dan kediaman penghuni. Apabila siap kelak, projek ini dapat memberikan kemudahan rekreasi yang komprehensif seperti kolam renang 50m berspesifikasi Olimpik, sauna, kafe dan bistro.




Untuk penghuni yang inginkan hiburan, turut disediakan ruang seperti tempat berbeku, dewan serba guna dan tempat berparti. Tidak dilupakan, kolam renang untuk kanak-kanak yang berhampiran dengan tempat permainan kanak-kanak. Seluruh kemudahan ini akan diserikan dengan ciri-ciri lanskap yang sesuai.


Pelancaran
Zeva @ Equine South telah dilancarkan pada 16 Jun 2012 dan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun akan datang. Sila layari web sesawang Zeva @ Equine South ini untuk maklumat lanjut. Disertakan juga peta tapak projek di bawah. (GPS:2.992885,101.676042)




Terima Kasih

Sunday, July 8, 2012

Susur Keluar Baru MEX Highway - Seri Kembangan


Persimpangan bertingkat Maju Expresway (MEX) di KM 16.5 yang mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dialami oleh lebih 68,000 penduduk Seri Kembangan & Taman Equine bakal siap pada 2015.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata persimpangan bertingkat di Seri Kembangan akan menelan belanja RM90 juta, dengan RM70 juta untuk kos pembinaan persimpangan tersebut manakala selebihnya untuk pembersihan tapak.
"Dengan persimpangan ini, penduduk di sini tidaklagi  perlu untuk memandu lebih daripada 10 km setiap hari ke Putrajaya untuk menggunakan lebuhraya ini." kata beliau selepas mengunjungi tapak projek tersebut.
Shaziman berkata pembinaan persimpangan ini sebenarnya dijadualkan pada tahun hadapan tetapi telah dipercepatkan selepas mendapat kebenaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mana memiliki sebahagian besar tanah yang diperlukan untuk projek ini.
Beliau menambah, tol yang dicadangkan untuk menghala dan dari arah Kuala Lumpur sebanyak RM2.20 tetapi tiada caj dikenakan bagi sesiapa yang memandu di antara Seri Kembangan & Putrajaya.
Rujukan: mynewshub

FitriSinan: Alhamdulillah..kesesakan lalu lintas di Equine Park atau Seri Kembangan dapat diatasi. Syukur sangat. Cerita nie dah terlalu lama menjadi bualan penduduk cini. Mungkin pilihan raya pun dah dekat, kerajaan pun terus percepatkan proses ni. Sbb kawasan ni DAP yang pegang, BN mesti nk tunjuk bahawa die mampu beri manfaat di kawasan yang bukan jajahan BN(aku yang bersangka buruk hehe). Papepun terima kasih yang terlibat. kami penduduk Equine Park atau Seri Kembangan sgt bersyukur.


Oleh kerana blog ni adalah blog berkaitan dengan hartanah, aku nk komen berkaitan dengan hartanah juga. Jika dulu masa aku mula-mula duduk sini sekitar tahun 2008/2009, harga rumah boleh dikatakan mampu milik lagi. Sebagai contohnye Vista Pinggiran ketika itu hanya sekitar RM100 ribu sahaja. Kini nilai semasa sekitar RM140 ribu hingga RM160 ribu. Untuk unit lelong pula pada ketika itu tidak lebih daripada RM100 ribu, namun kini Reserve Price sahaja sudah mencecah RM100-RM110 ribu. Dijangkakan pada 2015 dimana siapnya persimpangan bertingkat di sini, nilainya pasti mampu mencecah hingga RM170 - RM180 ribu. 


Tidak mustahil. Ini dapat dilihat dengan beberapa projek baru yang baru sahaja naik seperti ZEVA @ Equine South, 3ELEMENT @ Puchong South dsbg. Harga yang ditawarkan kini juga sudah mencecah RM300 ribu untuk 600-800 sqf. Untuk unit yang lebih besar seperti 1000++ sqf, ianya telah mencecah RM500 ribu!!


Namun begitu, bagi sesiapa yang ingin memiliki rumah jenis flat/apartment di Seri Kembangan, boleh berbuat demikian kerana masih banyak lagi apartment yang telah dibangunkan disini dan harganya masih berpatutan dan mampu milik seperti:
1. Apartment Ruselia - LC
2. Apartment Cemara - MC
3. Apartment Vista Pinggiran - MC
4. Apartment Putra Raya - LC
5. Apartment Sri Mas - MC
6. Apartment Impian
7. Apartment Putra Indah
8. Apartment Putra - LC
9. Apartment Mawar Jaya - LC
10. Apartment Kota Impian - LC
11. Apartment Jati - MC
12. Apartment Sri Indah - LC
13. Apartment Putra Permai - MC
14. Apartment Putra Ria - LC
15. Apartment Desaminium - MC
Note: LC - Low Cost, MC - Medium Cost

Terima Kasih